Jabatan Kerajaan Diarah Tidak Layan Surat Guna Bahasa Selain Bahasa Melayu – PM Anwar

kerajaan bahasa melayu

Jabatan Kerajaan Diarah Tidak Layan Surat Guna Bahasa Selain Bahasa Melayu – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi arahan supaya jabatan dari sektor swasta termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk menggunakan bahasa kebangsaan bagi urusan kerajaan mengikut asas Perlembagaan yang ditetapkan.

Anwar berkata sekiranya surat tersebut ditulis dalam bahasa selain dari bahasa Melayu maka surat tersebut akan dipulangkan.

“Seperkara lain yang saya nak tekankan, dalam dasar kerajaan, saya juga bincang dengan Menteri Pendidikan dan dalam jemaah kadang-kadang ada kekeliruan.

“Memang kita tekankan dalam bahasa perdagangan antarabangsa, bahasa Inggeris. Tetapi ada sikap yang saya rasa terlajak daripada beberapa jabatan termasuk universiti serta sektor swasta yang sering kali meninggalkan asas Perlembagaan untuk berhubung dalam bahasa kebangsaan.

“Saya ingin mengingatkan kalau dalam kalangan syarikat tempatan, universiti tempatan dan swasta yang tulis selain dalam bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan,” katanya pada hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Awani

The post Jabatan Kerajaan Diarah Tidak Layan Surat Guna Bahasa Selain Bahasa Melayu – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*