Ketua Pemuda UMNO Disiasat Berkaitan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah – KPN

Isu Stoking Kalimah "Allah"

Ketua Pemuda UMNO Disiasat Berkaitan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan siasatan yang dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Bin Husin berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kenyataan yang dibuat oleh Dr. Akmal Saleh berkaitan isu berkenaan sebelum ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyem 4(1) Akta Hasutan 1948 Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” katanya.

Sehubungan itu, Razarudin mengingatkan orang ramai agar tidak membangkitkan sebarang isu berkenaan stoking kalimah Allah memandangkan mereka yang terlibat sudahpun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah.

Sebelum ini, Dr. Akmal mengesahkan dirinya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi.

Menurut hantaran di akaun Facebook miliknya, beliau sepatutnya dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

BACA: Banduan PBSL Syukur Dapat Beraya Bersama Keluarga, Berazam Tidak Ulangi Kesilapan

Sumber: Polis Diraja Malaysia via Facebook

The post Ketua Pemuda UMNO Disiasat Berkaitan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah – KPN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*