Jaga Getah Tingkap Elok-Elok, Kalau Taknak Motor “Power Window” Kereta Rosak

jaga getah tingkap elok-elok

Jaga Getah Tingkap Elok-Elok, Kalau Taknak Motor “Power Window” Kereta Rosak

Setiap isi rumah di Malaysia pada hari ini boleh dikatakan memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta di rumah.

Kereta dilihat sebagai satu aset yang berguna dan menjadi keperluan utama untuk memudahkan urusan.

Kereta memiliki komponen-komponen penting yang perlu dijaga dengan rapi agar ia dapat digunakan secara optimum.

Getah tingkap kena jaga elok-elok, kalau tak nak motor power window kereta rosak

Jika tidak dijaga dengan baik, terpaksalah anda menanggung kos baik pulih yang mungkin akan menelan modal yang besar.

Jadi kali ini, SK ingin membawa perkongsian bagaimana mahu menjaga getah pada tingkap kenderaan supaya dapat mengelakkan kerosakan lebih parah berlaku.

Tapi sebelum itu, kenapa kita perlu menjaga getah tingkap ini? Jangan risau persoalan anda itu akan terjawab dalam penulisan pada hari ini.

Tip penjagaan getah tingkap kereta ini diambil daripada perkongsian TikTok oleh @altimataautogarage.

Jaga getah untuk pastikan tingkap dapat bergerak dengan lancar

Menurut lelaki itu, getah tingkap atau ‘run channel‘ tersebut perlu dijaga agar ia berada dalam keadaan yang baik dan tidak membebankan ‘power window‘.

Kredit TikTok

“Okay untuk korang, tolonglah jaga getah ni. Orang panggil run channel. Kalau korang tak jaga getah ni, itu yang rosak power window korang tu.

“Bila korang naikkan tingkap dan tiba-tiba tingkap jadi berat, korang cuba dulu tengok ni, getah ni atau run channel.

“Sebab run channel ni kadang-kadang buat tingkap korang jadi berat.

“Bila tingkap korang jadi berat motor dekat power window ni akan bergerak secara paksa.

“Bila motor bergerak secara paksa, motor akan jadi panas dan seterusnya akan jammed. Bila motor korang panas, motor tadi boleh jadi rosak,” katanya.

Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah dengan melihat keadaan getah tingkap tadi, sama ada ia berada dalam keadaan baik ataupun tidak.

Kredit TikTok

Cara nak memastikan getah tadi berada dalam keadaan baik mudah sahaja. Anda hanya perlukan silikon spray atau minyak sahaja.

“Cara nak jaga getah ni senang je. Korang boleh gunakan ni silikon spray atau minyak.

“Cara nak spray dia, korang spray je dekat celah-celah getah tingkap ni. Bila dah spray, InsyaAllah korang punya cermin berjalan dengan lancar.

“Korang jangan abaikan run channel ni,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, adalah lebih baik untuk mengeluarkan sedikit modal membeli spray silikon atau minyak berbanding kos membaiki motor power window sekiranya rosak.

Setakat ini sahaja perkongsian pada hari ini, diharap ia dapat memberi manfaat kepada pembaca dan mereka yang memiliki kereta.

BACA: Restoran Tular Di Teluk Intan Tiada Sijil Halal – JAIPk

@altimatautogarage

Getah tingkap tak jaga,motor power window jahanam,makan modal. #bengkel #bengkelkereta #bengkelaircondkereta #repair #repairkereta #keretarosak #repairaircond #repairaircondkereta #servicekereta #serviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkereta #aircondkeretabusuk #aircondkeretabocor #aircondkeretapanas #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretapilihan #baikikereta #automotive #repairkereta #bengkelbumiputera #mobil #viral #fyp #trending #trend #viralvideo #bengkeltiktok #pomen #mekanik #pomentiktok #mekaniktiktok #pomenmelayu #mekanikmelayu #pomenkampungmaintiktok🤣 #mekanikkampung #bengkelviral

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: TikTok/@altimatautogarage

The post Jaga Getah Tingkap Elok-Elok, Kalau Taknak Motor “Power Window” Kereta Rosak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*