Bintang Filem “Die Hard”, Bruce Willis Disahkan Hidap Penyakit Demensia

Bruce Willis demensia

Bintang Filem “Die Hard”, Bruce Willis Disahkan Hidap Penyakit Demensia

Pelakon terkenal Hollywood, Bruce Willis disahkan menghidap demensia frontotemporal, umum keluarganya seperti dipetik daripada laporan BBC.

Dalam satu kenyataan di media sosial, mereka menzahirkan perasaan lega kerana akhirnya mereka telah mendapat jawapan dengan diagnosis yang dilakukan.

“Lega kerana pada akhirnya telah mendapat diagnosis yang jelas,” tulis kenyataan tersebut.

Pelakon berusia 67 tahun itu disahkan menghidap afasia yang menyebabkan kesukaran untuk bercakap pada musim bunga tahun lalu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Tetapi penyakit itu telah berkembang dan dia telah diberi diagnosis yang lebih spesifik, kata keluarga itu.

Mereka turut menzahirkan ucapan “terima kasih banyak-banyak atas sokongan yang luar biasa”.

“Tiada rawatan yang khusus bagi merawat penyakit itu, satu realiti yang kami harap boleh berubah pada tahun-tahun akan datang,” kata kenyataan itu lagi.

Willis mula terkenal pada 1980-an dan 90-an selepas membintangi filem blockbuster seperti Die Hard, The Sixth Sense, Armageddon dan Pulp Fiction.

Dia juga pernah dicalonkan sebanyak lima kali di Golden Globe dan memenangi satu daripadanya menerusi filem Moonlighting.

Selain itu dia turut pernah tercalon dalam anugerah Emmy sebanyak tiga kali dan memenangi dua daripadanya.

Menurut keluarganya lagi, Willis telah berhasrat untuk berhenti berlakon pada tahun lalu. Keputusan itu dibuat selepas penyakit afasianya menjejaskan kebolehan kognitifnya.

Kenyataan baharu pada Khamis berkata, mereka berharap perhatian media akan dapat meningkatkan kesedaran tentang keadaan pelakon itu.

Ia berkata: “Bruce sentiasa percaya dalam menggunakan suaranya di dunia ini dapat membantu orang lain, dan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu penting secara terbuka dan peribadi.

“Kami tahu bahawa, jika dia mampu melakukan pasti dia akan bertindak balas dengan perhatian global terhadap mereka yang berhadapan dengan penyakit seperti ini. Sepertimana ia telah memberi kesan kepada ramai individu dan keluarga mereka.”

Kenyataan itu telah ditandatangani oleh ahli keluarga Willis termasuk isterinya Emma Heming bersama dua anak perempuan mereka. Kenyataan itu juga ditandatangani oleh bekas isterinya iaitu Demi Moore dan tiga anak perempuan mereka.

Wartawan AS, Maria Shriver yang juga merupakan seorang jurukempen terkemuka untuk penjagaan dan penyelidikan pesakit gangguan otak menulis di Twitter miliknya: “Tweet ini dituju kepada Bruce Willis dan keluarganya. Terima kasih kerana sudah memberikan kesedaran mengenai penyakit ini.

“Apabila orang mula melangkah ke hadapan, ia telah membantu kita semua. Selepas mendapat diagnosis, ia amat sukar namun dalam masa yang sama lega kerana sudah mendapatkan diagnosis,” tulis muat naik ciapan itu.

Menurut laman web NHS UK, demensia frontotemporal adalah bentuk penyakit “tidak biasa” yang menyebabkan masalah kepada penghidap dengan tingkah laku dan bahasa.

Gejala juga termasuk pergerakan perlahan atau kaku, kehilangan kawalan pundi kencing atau usus.

Sumber: BBC

The post Bintang Filem “Die Hard”, Bruce Willis Disahkan Hidap Penyakit Demensia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*