JAKIM Siasat Pegawai Selepas Tular Video Ceramahnya Didakwa Undang Kemarahan Netizen

JAKIM Siasat Pegawai Selepas Tular Video Ceramahnya Didakwa Undang Kemarahan Netizen

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai satu video ceramah melibatkan pegawainya yang menjadi tular dan didakwa menimbulkan kemarahan netizen baru-baru ini.

Susulan itu, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta dengan memanggil pihak pegawai tersebut untuk tujuan siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib.

Selain itu, JAKIM turut menegaskan bahawa badan tersebut tidak akan berkompromi dengan apa-apa tingkah laku yang mencemarkan imej penjawat awam.

Terdahulu, tular satu potongan video yang memaparkan petikan ceramah yang didakwa melibatkan seorang pegawai daripada JAKIM.

Video berdurasi 1 minit 37 saat itu pantas menjadi viral dan menerima pelbagai komen daripada netizen, khususnya di laman Facebook.

BACA: Lapor Kepada Jabatan Agama Jika Terdapat Pendakwah Luar Negara Meragukan

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) via Facebook

The post JAKIM Siasat Pegawai Selepas Tular Video Ceramahnya Didakwa Undang Kemarahan Netizen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*