Kekal Bertahan, Aksi Lipas ‘Melekat’ Di Luar Tingkap Kapal Terbang  Curi Tumpuan

lipas tingkap kapal

Kekal Bertahan, Aksi Lipas ‘Melekat’ Di Luar Tingkap Kapal Terbang  Curi Tumpuan

YUNNAN — Seekor lipas  dipercayai ‘melekat’ pada cermin tingkap sebuah kapal terbang baru- baru ini lapor Dim Sum Daily.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh salah seorang penumpang  ketika menaiki pesawat itu. Adegan tak diduga itu nyata mencuit hati ramai warganet.

Menurut laporan media tempatan, wanita yang ingin disapa sebagai Guo berkata ketika itu, dia menaiki sebuah pesawat penerbangan domestik dari Xishuangbanna, Yunnan, ke Ningbo pada Rabu lalu.

Sewaktu menoleh ke arah tingkap kapal terbang tersebut, dia ternampak seekor lipas berada di luar tingkap.

Menerusi rakaman video yang diambilnya menunjukkan haiwan perosak itu melekat kuat pada tingkap pesawat sekitar tiga jam.

“Awalnya, saya juga terkejut lihat seekor lipas berada di luar tingkap. Saya tak sangka dapat tengoknya dari dalam kapal terbang. Saya rasa ia satu benda yang lawak dan saya tak lepaskan pandangan darinya sepanjang penerbangan itu,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Guo, lipas tersebut mengejutkannya kerana mampu bertahan dalam tempoh yang sangat lama bahkan telah terbang melebihi 3,000 kilometer.

“Saya jangkakan lipas itu akan hilang dalam masa dua minit. Jadi, saya tak maklumkan perkara itu pada pramugari,” katanya.

Reaksi Netizen

Kejadian itu mengundang pelbagai komen mencuit hati daripada pengguna media sosial terhadap kehadiran lipas di luar tingkap tempat duduk penumpang itu.

Rata-rata penumpang berseloroh tentang “penumpang tak diundang” itu. Antara komen yang diterima termasuklah;

“Lipas itu beli tiket ke tak?”  komen salah seorang warganet.

“Ini salah satu inisatif naik kapal terbang secara percuma,” tulis salah seorang pengguna lagi.

Pun begitu, sebahagian netizen juga mempersoalkan kebimbangan mereka terhadap tahap kebersihan dan bagaimana serangga perosak itu berada di situ.

Sementara itu, pegawai syarikat penerbangan berkenaan menyatakan pihaknya memandang serius perkara itu susulan isu kebimbangan kebersihan dan keselamatan penerbangan.

BACA JUGA: Kenapa Penutup Tingkap Kapal Terbang Perlu Dibuka Ketika Berlepas & Mendarat? Ini Jawapannya

“Kami mengesahkan tingkap berkenaan berada dalam keadaan selamat dan kukuh serta tidak menimbulkan sebarang ancaman keselamatan ketika penerbangan.

“Selain itu, prosedur pembasmian kuman juga tetap akan dijalankan di kabin pesawat untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih,” maklum syarikat itu.

Sumber: Dim Sum Daily

The post Kekal Bertahan, Aksi Lipas ‘Melekat’ Di Luar Tingkap Kapal Terbang  Curi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*