Jalan Sesak Teruk, Bas Dilapor Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak

bas terbalik kl-karak

Jalan Sesak Teruk, Bas Dilapor Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak

Satu kemalangan melibatkan sebuah bas terbalik berlaku di KM51.4 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur (Bukit Tinggi – Lentang).

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam satu hantaran di laman facebooknya memaklumkan kemalangan tersebut berlaku kira-kira 8.13 pagi tadi.

Susulan itu, semua lorong di kawasan kejadian telah terhalang dan menyebabkan kejadian jalan sesak teruk turut berlaku.

Menurut LPT, kesesakan sepanjang 4.7 km berlaku sehingga ke lokasi kejadian dari Arah Timur. Manakala dari Arah Barat pula, trafik dihentikan sementara di KM 51.5 untuk memberi laluan kepada shovel dan towing ke lokasi.

Trafik juga dilaporkan sesak 2.2 km hingga ke lokasi kejadian dari arah berkenaan.

“Sila pandu berhati-hati dan patuhi arahan petugas dilokasi. Sila menggunakan laluan alternatif dan jalan persekutuan untuk ke destinasi yang ditujui,” kata LPT lagi.

Manakala operasi menyelamatkan mangsa dan mengalihkan kenderaan di lokasi kejadian turut sedang dijalankan.

Sementara itu, video-video kemalangan di lokasi kejadian turut menjadi tular di media sosial. Video-video berkenaan dipercayai dirakam dan dimuat naik oleh orang awam yang berada di lokasi kemalangan tersebut.

Setakat ini, punca kejadian kemalangan berkenaan tidak dinyatakan.

Sumber: Lebuhraya Pantai Timur

The post Jalan Sesak Teruk, Bas Dilapor Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*