MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Dilibat Rangka Garis Panduan Aktiviti Hiburan Di IPT – JPT

mpp kesatuan mahasiswa Panduan Hiburan ipt

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Dilibat Rangka Garis Panduan Aktiviti Hiburan Di IPT – JPT

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM) perlu dilibatkan dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan berkata arahan kepada semua pengurusan IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi itu dibuat bagi memastikan suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti diambil kira sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.

Menurut JPT, arahan tersebut adalah selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini supaya garis panduan menjalankan aktiviti hiburan di IPT perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui penglibatan MPP/KM.

“Ruang dan peluang yang diberikan kepada pelajar ini sebagai elemen pemerkasaan mahasiswa selaku pemegang taruh utama, sekali gus menepati langkah agenda pemerkasaan mahasiswa yang sedang dibawa oleh Menteri Pendidikan Tinggi,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai garis panduan bagi aktiviti hiburan (konsert) di IPT, yang antara lain menyatakan penonton perlu diasingkan mengikut jantina lelaki dan perempuan, selain memperkenalkan kod pakaian dan melarang pakaian memaparkan logo illuminati, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Dalam hal ini, JPT menegaskan bahawa ia masih di peringkat saranan sebagai rujukan IPT dalam membangunkan garis panduan masing-masing.

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Sumber: Bernama

The post MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Dilibat Rangka Garis Panduan Aktiviti Hiburan Di IPT – JPT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*