Jalur Gemilang Merupakan Tema Maxim E-hailing Bagi Sambutan Merdeka

Malaysia akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-66 pada tahun ini. Bersemperna sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, Maxim E-hailing akan meraikan ulang tahun itu dengan tema “Jalur Gemilang” bagi penjanamaan kereta. Tema ini pastinya akan mencerminkan semangat kenegaraan yang sebenar dan sesuai dengan tema tahun ini ”Malaysia Madani:Tekad perpaduan penuhi harapan’

Bagi penjenamaan kereta, Maxim E-hailing telah mereka bentuk pelekat khas buatan sendiri yang direka khas dengan Jalur Gemilang di dalam logo GPS. Pelekat yang dibuat khas akan ditampal pada bahagian atas hadapan bonet kereta. Ini akan mewakili kesetiaan sebenar Maxim E-hailing untuk Malaysia sempena Hari Kemerdekaan tahun ini.

jalur gemilang tema maxim

Bagi memperingati tema “Jalur Gemilang” bulan ini, Maxim E-hailing telah merancang untuk menganjurkan perarakan merdeka dengan konvoi kereta dan motosikal melekat pelekat yang dibuat khas. Perarakan merdeka ini akan menghidupkan semangat sebenar tema Malaysia Madani. 

Tambahan juga, Maxim E-hailing juga akan menawarkan faedah yang menarik untuk Rakan-pemandu yang akan meletakkan pelekat buatan khas untuk kereta mereka. Tidak lupa juga elaun bulanan untuk kereta berjenama, pesanan yang diutamakan, promosi kempen dan kadar komisen yang rendah.

Pemasangan akan mengambil masa 20 minit dan Rakan-pemandu boleh mendapatkannya secara percuma di pejabat terdekat. Mereka boleh mendapatkan akses kepada pelekat kenderaan di seluruh bandar di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan meletakkan pelekat pada kereta, ia adalah peluang untuk pemilik kereta menyertai konvoi yang telah dirancang

jalur gemilang tema maxim

Dengan mengadakan perarakan merdeka bersama pelancaran pelekat kereta, ini adalah peluang untuk Maxim E-hailing berkongsi semangat patrioritik dan penghargaan terhadap hari kemerdekaan. Bersama-sama kerjasama dengan rakan-pemandu, adalah satu penghormatan bagi kami untuk mengibarkan bendera Malaysia pada kereta.” Mohd Hazwan, Ketua Malaysia.

The post Jalur Gemilang Merupakan Tema Maxim E-hailing Bagi Sambutan Merdeka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*