Jangan Buang Dalam Sinki, Guna “Trick” Ini Untuk Lupuskan Minyak Masak

"trick" lupuskan minyak masak

Jangan Buang Dalam Sinki, Guna “Trick” Ini Untuk Lupuskan Minyak Masak

Apa yang biasa anda lakukan dengan minyak masak yang sudah digunakan? Adakah anda melupuskan dengan menggunakan bahan-bahan tertentu ataupun, ‘selamba’ mencurahkannya ke dalam sinki?

Jika anda merupakan golongan kedua, terdapat dua sebab mengapa anda melakukan perkara sedemikian.

Sama ada anda memiliki kurang pengetahuan berkenaan kesan negatif  daripada perbuatan tersebut ataupun anda malas untuk melupuskannya dengan cara yang lebih baik.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, jika anda membuang minyak secara terus ke sinki dapur, ia akan membawa beberapa implikasi kepada persekitaran kita.

Menurut Majlis Keselamatan Negara, antara kesan buruknya iaitu menarik haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Hal ini bertambah serius apabila Malaysia merekodkan 5,000 kes kencing tikus secara purata setiap tahun.

Selain itu, amalan ini turut menyebabkan pencemaran air yang membahayakan alam sekitar. Ia menyebabkan pembentung menjadi tersumbat dan air bertakung pula menyebabkan penyebaran nyamuk Aedes semakin berluasa.

Lebih menakutkan, kandungan minyak dalam air turut memberi kesan terhadap kehidupan akuatik dan menyukarkan proses penapisan air.

Sekarang, anda sudah maklum berkenaan impak negatif yang dibawa menerusi amalan pembuangan minyak masak dalam sinki rumah.

Bagaimana cara untuk melupuskannya? Adakah kita perlu membeli bahan-bahan khas? Jawapannya, tidak perlu.

Anda hanya perlukan satu bahan untuk lupuskan minyak masak iaitu ‘aluminium foil‘.

Menerusi perkongsian TikTok (hollydormer), wanita tersebut menunjukkan cara mudah untuk melupuskan minyak masak yang sudah digunakan.

Pada awalnya, Dormer menunjukkan dirinya memasak daging bakon dengan menggunakan minyak masak yang banyak.

Selepas daging tersebut masak, dia mentoskan minyak pada daging berkenaan dan meletakkannya di tempat lain.

Maka, tinggallah minyak masak yang telah digunakan dalam kuali tadi, dalam kuantiti yang agak banyak.

Kemudian, Dormer mengambil sekeping kertas aluminium dan meletakkannya pada lubang singki.

Apabila kertas aluminium tadi dibentukkan seakan-akan mangkuk kecil, tuangkan minyak masak tadi ke dalam lekukan terbabit.

Seterusnya, tunggu dalam beberapa minit sehingga minyak masak tadi menjadi sejuk dan bertukar dalam bentuk pepejal.

Dengan mudah, anda boleh mengambil pepejal minyak masak, bersama-sama kertas aluminium tadi dan membuangnya ke dalam tong sampah.

“Trick” lupuskan minyak masak

@hollydormer

Never going back. Who else does this? #lifehackvideo #standardpractice #lifehack #baconhack #grease

♬ Ultimate life hacks – Kelly – The Life Bath

Senang bukan? Marilah kita mengubah cara pelupusan minyak masak demi menjamin kesihatan dan menjaga kesihatan.

BACA: Aset Atas Nama Ibu, Hiba Abouk Rasa Hiba, Mungkin Tak Dapat Tuntut Harta Achraf Hakimi

Sumber: hollydormer via TikTok

The post Jangan Buang Dalam Sinki, Guna “Trick” Ini Untuk Lupuskan Minyak Masak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*