Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Antara Lima Negara Dapat Perhatian FIFA

malaysia perhatian fifa

Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Antara Lima Negara Dapat Perhatian FIFA

Skuad Malaysia, Harimau Malaya antara lima pasukan yang menjadi perhatian Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) kerana mencipta kejutan dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA  2026.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA, empat lagi negara yang disenaraikan adalah Comoros, Ecuador, Rwanda dan Venezuela.

“Dalam pusingan kedua (kelayakan Piala Dunia) yang melibatkan gergasi seperti Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi, Malaysia muncul sebagai pasukan yang tidak dijangka akan menonjol dalam Kumpulan D.

“Mereka berjaya menewaskan lawan Kyrgyzstan 4-3 dengan bergaya dan Taiwan 1-0 pada November lalu,” kata FIFA.

Malaysia ketika ini mengungguli Kumpulan D dengan enam mata selepas dua perlawanan. Skuad Kim Pan Gon itu juga dijadualkan berjumpa dengan Oman dua kali pada Mac ini.

Pertemuan itu membabitkan perlawanan di laman lawan dan laman sendiri.

“Oman yang berada di kedudukan ke-74 iaitu 56 anak tangga lebih tinggi daripada Malaysia kekal sebagai pilihan untuk mengungguli kumpulan.

“Bagaimanapun, Malaysia yang dikendali oleh Kim Pan Gon juga berhak untuk memasang impian (ke pusingan seterusnya),” kata FIFA lagi.

BACA: Safee Sali Tak Lepaskan Peluang Dapatkan Autograf Beckham

Sementara itu, jurulatih negara itu juga sebelum ini berkata dia memasang impian untuk membawa Malaysia pergi lebih jauh ke peringkat seterusnya.

“Jika kita boleh mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, itu akan memberikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Saya mahu membawa kemajuan yang besar kepada pembangunan bola sepak negara ini,” jelas Pan Gon.

Dalam tujuh perlawanan kelayakan Piala Dunia sebelum ini, Malaysia telah mencatatkan lima kemenangan.

Malaysia Naik Empat Anak Tangga Dalam Ranking FIFA

Sementara itu, selepas keputusan seri menentang Korea dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023, kedudukan ranking FIFA semasa menyaksikan Malaysia kini melonjak ke tangga 132 dunia, naik empat anak tangga dari sebelum ini.

Menerusi Stadium Astro, perlawanan yang tamat dengan keputusan 3-3 membuatkan skuad kendalian Kim Pan Gon berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata.

Sewaktu perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 bersama pasukan gergasi Bahrain, Harimau Malaya tewas 0-1 membuatkan Malaysia berada pada kedudukan 136 dunia.

Sumber: FIFA

The post Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Antara Lima Negara Dapat Perhatian FIFA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*