“Jangan Gunakan Nama Saya Untuk Serang Cristiano” – Bruno Fernandes

Bruno Fernandes

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes tampil menjelaskan isu mengenai kemenangan The Red Devils menentang Manchester City yang disalahtafsirkan sebagai serangan kepada bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini, Fernandes memberitahu BT Sport dengan kenyataan, “(Kami) dahulu bergerak secara individu, kini kami adalah satu pasukan. Anda boleh lihat satu pasukan bergerak atau bekerja untuk satu sama lain,”

Oleh itu, perkara tersebut dilihat sebagai makluman secara jelas dan ditujukan kepada Ronaldo yang telah meninggalkan United berikutan kontroversi bekas pemain itu dengan jurulatih pasukan, Erik Ten Hag.

Bruno Fernandes
Kredit: CDNC

Namun, Bruno menafikan tindakan itu sekeras-kerasnya lantas tampil memuat naik di laman Instagram untuk menjelaskan perkara tersebut.

“Saya tahu sukar untuk melihat Manchester United bermain dengan baik, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan tentang kami (pasukan) selain berkongsi berita gembira.

“Jangan gunakan nama saya untuk serang Cristiano. Cristiano adalah sebahagian daripada pasukan kami selama musim dan seperti yang saya katakan dalam temu bual (sebelum ini).

“Semua tahu sejak menewaskan Liverpool, pasukan kami adalah hebat dan bergerak seperti satu pasukan yang sebenar-benarnya malah anda boleh melihat hasilnya. Jadi, kami teruskan!” tulisnya.

Bruno Fernandes
Kredit: Daily Mail

Sebelum ini, United menewaskan Liverpool dalam perlawanan ketiga musim ini selepas permulaan yang ‘mengerikan’.

Sejak itu, The Red Devils hanya tewas empat kali dalam 15 perlawanan sehingga mampu menduduki tempat ketiga Liga Perdana pada ketika ini.

Kedudukan tersebut dikukuhkan selepas The Red Devils menang ke atas Manchester City, semalam dan tidak dinafikan bahawa ia adalah antara aksi terbaik mereka setakat ini.

Imbas kembali, Fernandes menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-78 selepas Grealish berjaya meledakkan gol lawan pada separuh masa kedua.

Namun begitu, harapan Manchester City untuk memenangi perlawanan tersebut terkubur selepas penyerang United, Marcus Rashford menambah jaringan beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan United ketinggalan satu mata di belakang Citizens dan hanya enam mata di belakang pendahulu teratas EPL, Arsenal.

Bagi perlawanan seterusnya, United akan bertandang ke Stadium Selhurst Park untuk menentang Crystal Palace yang dijadualkan pada Rabu, 4 pagi waktu tempatan.

Sumber: Daily Mail

The post “Jangan Gunakan Nama Saya Untuk Serang Cristiano” – Bruno Fernandes appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*