Dapat Tahu Isteri Ada “GF”, Lelaki Nekad Failkan Saman Terhadap Isteri

lelaki saman isteri

Dapat Tahu Isteri Ada “GF”, Lelaki Nekad Failkan Saman Terhadap Isteri

Seorang lelaki Taiwan baru-baru ini dilaporkan memfailkan saman terhadap isteri dan rakan sekerja wanitanya gara-gara menemui gambar intim mereka berdua, lapor The Thaiger.

Laman berita Taiwan, CTWANT melaporkan bahawa segalanya terbongkar sewaktu lelaki itu menyediakan peranti tablet untuk kegunaan anaknya di sekolah.

Suami wanita itu bertindak menyaman pasangan itu kerana telah menyebabkan tekanan emosi dan menuntut ganti rugi sebanyak 600,000 yuan (RM386k).

Menurut butiran tuntutan mahkamah, pasangan Taiwan itu telah berkahwin pada November 2013, dan mereka juga dikurniakan dengan dua orang anak lelaki.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya mendapati isterinya menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja wanitanya yang juga bekerja di hospital yang sama.

Bukti yang dibentangkan dalam bentuk bergambar menunjukkan dua wanita itu pernah pergi bercuti bersama, berpegangan tangan, malah berciuman.

Menurut suami, perbuatan itu telah melanggar hak perkahwinan mereka dan menyebabkannya mengalami kesedihan emosi dan mendorongnya untuk menyaman.

Sewaktu perbicaraan mahkamah dijalankan, isteri lelaki tersebut mendakwa gambar itu dimuat naik tanpa persetujuannya dan suaminya mengakses tabletnya tanpa kebenaran.

Selain itu, wanita tersebut turut mendakwa suaminya juga telah membaca dan menyalin imej dari album miliknya.

Isterinya kemudian mendakwa bahawa suaminya telah melanggar hak privasinya dan kandungan tersebut tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Isterinya mendakwa hubungan itu hanya sebagai “kawan rapat”

Isterinya juga menambah bahawa dia dan wanita terbabit hanyalah “kawan rapat” di tempat kerja. Tindakan seperti, berpegangan tangan, berciuman, dan bermesra masih dalam batas normal.

Lantas menegaskan bahawa tiada hubungan seksual antara mereka dan ia tidak menjejaskan integriti perkahwinan tersebut.

Namun begitu, selepas meneliti keterangan yang diberikan oleh suami wanita tersebut, hakim menyimpulkan bahawa segala tindakan itu melebihi tanda sebagai persahabatan biasa.

Tambahan pula, perbualan intim yang dikongsi pasangan itu, seperti ‘cik suami, saya sayang awak’, dinilai sebagai lebih dari persahabatan sejenis yang normal.

BACA: Wanita Nekad Panjat Tahan Kereta Suami, Mengamuk Dapat Tahu Suami Curang

Wanita itu akhirnya gagal memberikan sebarang bukti untuk menentang bukti tersebut.

Akibatnya, hakim menolak hujah isteri dan memutuskan bahawa kedua-dua isteri dan rakan sekerjanya telah melanggar hak perkahwinan suami.

Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu membayar suami warga Taiwan itu sejumlah 120,000 yuan (RM77,000) sebagai pampasan atas tekanan emosi yang ditimbulkan.

Sumber: The Thaiger

The post Dapat Tahu Isteri Ada “GF”, Lelaki Nekad Failkan Saman Terhadap Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*