Jangan jadikan Dewan Rakyat umpama sarkas – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta setiap Ahli Parlimen menjaga susila dan tidak melanggar batas adab serta menghormati peraturan yang ditetapkan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Ahli Parlimen boleh berbeza pendapat, tetapi harus menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan tidak keterlaluan kerana gelagat tersebut akan ditertawakan oleh rakyat.

“Harus menjaga kemuliaan dewan dan tidak keterlaluan kerana ini akan ditertawakan oleh rakyat dan melihat seluruh dewan ini menjadi gelanggang seperti disebut dalam sosia media sarkas.

“Saya beri jaminan kita (kerajaan) akan beri sokongan penuh jika tindakan perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen (yang melanggar peraturan) termasuk daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

BACA: Menteri akan dipecat serta-merta jika didapati terbabit kes rasuah, salahguna kuasa – PM

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*