Menteri Lagenda Tun Samy Vellu, meninggal dunia di usia 86 tahun

Bekas Presiden MIC, Tun Samy Vellu, 86, dilaporkan meninggal dunia hari ini di kediamannya di Jalan Ipoh. .

Pemergian menteri lagenda itu yang banyak berjasa kepada negara terutamanya kepada masyarakat India, disahkan oleh anaknya, Datuk Seri S Vell Paari.

Samy Vellu sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan berkhidmat sebagai menteri dari 1983 hingga 1989 dan kembali berkhidmat semula dalam kabinet dari 1995 hingga 2008.

Mendiang merupakan Presiden MIC yang paling lama berkhidmat selepas menyandang jawatan itu selama 31 tahun dari 1979.

Selain itu, mendiang juga merupakan antara menteri yang paling lama berkhidmat dalam kabinet selama 29 tahun sebelum bersara dari politik pada 2020.

Meskipun sudah lama bersara dari arena politik, ramai netizen yang mengakui mereka rindukan kata-kata yang pernah diucapkan oleh mendiang seperti disenaraikan di bawah dari sumber portal Vocket:

  1. Samy Vellu pada Pos Laju Malaysia: “Besok kirim, hari ini sampai”
  2. Samy Vellu bercakap mengenai kehormatan beliau: Ïni perkara banyak memalukan saya. Sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar”
  3. Samy Vellu beri ceramah: “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini.”. Salah seorang penduduk bertanya, “Tetapi Datuk, sini tak ada sungai, buat apa bina jambatan?”. Samy dengan bangganya menjawab, “Kalau tak ada sungai, kita bina sungai”.
  4. Samy Vellu di berita nasional: “Tol naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua tol saya punya bapak punya kah?!”
  5. Samy Vellu semasa krisis air berlaku: “Semua orang diminta jangan membuang aiyeer”
  6. Samy Vellu semasa derma darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dara”
  7. Samy Vellu semasa pembukaan acara di suatu ceramah: “Selamat datang saudara-mara semua” (Sepatutnya saudara saudari)
  8. Samy Vellu semasa pembukaan acara 2: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain”.
  9. Paling lawak antara semuanya: “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tetapi hantar mereka ke matahari. Barulah USA dan Russia respect sama kita!”. Pemberita membalas, “Tetapi Datuk Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?”. Samy Vellu menjawab, “Itu pasal you takda jadi menteri. Saya sudah 30 tahun jadi menteri, mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam, baru ada sejuk!”.

Di media sosial, netizen mengucapkan takziah kepada keluarga Tun Samy Vellu dan tidak menafikan mendiang banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang tempohnya berkhidmat dengan kerajaan.

BACA: Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*