“Jangan Pernah Berputus Asa,” Wanita Kongsi Kisah Perit Jerih Berjaya Lunaskan Hutang Rumah Awal Dari Tempoh “Loan”

lunaskan hutang rumah awal

“Jangan Pernah Berputus Asa,” Wanita Kongsi Kisah Perit Jerih Berjaya Lunaskan Hutang Rumah Awal Dari Tempoh “Loan”

Siapa orang di atas muka bumi ini yang tidak mahu mempunyai rumah milik mereka sendiri dan bebas daripada bebanan hutang bank.

Seperti sedia maklum, kebiasaannya mereka yang mempunyai hutang dengan bank bagi pinjaman rumah akan mengambil tempoh masa yang lama untuk selesa. Kebanyakan bank juga kebiasaannya menawarkan pinjaman bank sehingga 35 tahun.

Namun bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai pendapatan yang stabil, ia mungkin dapat mengurangkan tempoh pinjaman bank tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita berkenaan pembelian rumah pertamanya.

Menurut Puan Aishah Omar, dia telah berjaya berjaya melangsaikan hutang pinjaman bank rumahnya dalam tempoh 12 tahun enam bulan. Tempoh itu lebih singkat dari tempoh yang diberikan oleh bank iaitu selama 15 tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Puan Aishah Omar menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Minda Positif  

16 September 1998 ,  kira-kira hampir 25 tahun lalu, saya berjalan kaki dari Kampung Bharu ke pejabat di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan airmata berlinang di pipi. Kesnya saya baru selesai melunaskan hutang bank untuk bayaran rumah  kecil saya di Wangsa Maju. Bayaran RM3,800 waktu tu melunaskan hutang bank sebanyak RM22,500 yang saya pinjam untuk membiayai harga rumah kecil sebanyak RM25,000 yang saya beli pada tahun 1985.

Sedih dan sebak mengenangkan kata-kata pegawai bank sewaktu memohon pinjaman. Ketika itu saya berusia 23 tahun 2 bulan.

“Gaji awak RM400, awak nak buat pinjaman dgn bayaran baliknya RM250 sebulan. Awak nak makan apa, nak makan pasir?” tanyanya sinis.

“Takpe Encik, nanti saya usaha la cari duit lebih…” lebih kurang begitulah jawab saya. Rasa terhina bercampur malu. Tapi positif loan saya akan lulus.

Akhirnya pinjaman bank lulus

Benar, loan lulus RM22,500 dan bayaran balik 15 tahun. Saya menangis bukan semata-mata berjaya melunaskan hutang tetapi rasa bangga pada diri kerana melunaskan hutang di bawah jangka waktu yang ditetapkan iaitu selama 12 tahun 6 bulan.

Sebenarnya rumah kecil ini hanyalah sebuah flat kos rendah berkeluasan 575 kp. Inilah kediaman saya selama 17 tahun di awal perkahwinan. Kalau sekarang, RM250 sebulan mungkin tiada masalah tetapi sewaktu gaji hanya RM400, tentulah ia amat banyak. Mujur saya tak pernah makan pasir.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Inilah sebuah cerita. Sedih, hiba dan gembira berbaur menjadi memori hidup saya. Rumah kecil ini mungkin pada orang lain tiada maknanya tapi ia sangat sentimental bagi saya. Selepas 16 tahun ia bebas hutang, RM600 sebulan hasilnya membantu saya menggapai angan utk menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah dua kali ke sana  sebahagian hasilnya dari simpanan bayaran sewa rumah kecil ini.

Pesan pada diri, jangan pernah berputus asa menggapai segala angan yang di impikan. Segalanya lebih manis bila ia dicapai hasil titik peluh sendiri. Think positif.

Kisah inpirasi wanita ini harus diambil sebagai teladan untuk kita sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan yang mendatang. Terkadang kita tidak tahu bagaimana dan apa yang rezeki akan datang kepada kita.

Justeru, sentiasa bersangka baik dengan rancanangan Allah SWT dan berlapang dada dalam menghadapi cabaran hidup.

Sumber: Aishah Omar via Facebook

The post “Jangan Pernah Berputus Asa,” Wanita Kongsi Kisah Perit Jerih Berjaya Lunaskan Hutang Rumah Awal Dari Tempoh “Loan” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*