Petisyen Bantah Pengampunan Najib Razak Cecah Lebih 100 Ribu, Hanya 10 Ribu Yang Menyokong

petisyen najib razak

Petisyen Bantah Pengampunan Najib Razak Cecah Lebih 100 Ribu, Hanya 10 Ribu Yang Menyokong

Sebanyak dua petisyen telah dilancarkan bagi tujuan Pengampuan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dua petisyen itu masing-masing telah dilancarkan di sebuah platform yang bernama change.org.

Petisyen yang pertama digerakkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dengan nama “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan”.

Manakala petisyen kedua digerakkan oleh individu bernama Ariff Lias dengan tajuk “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja”.

Tinjauan Siakap Keli ke laman berkenaan setakat jam 10 malam tadi mendapati petisyen yang membantah pengampunan Najib Razak telah mendahului dengan jumlah 142k.

Sementara itu petisyen bagi menyokong pengampunan Najib Razak pula hanya mendapat sekitar 10k tandatangan daripada orang ramai.

Kedua-dua petisyen itu telah memberikan justifikasi mereka tersendiri dalam keputusan bagi Pengampunan Diraja berkenaan.

Dua petisyen masing-masing memberikan justifikasi mereka

Isu utama yang disentuh bagi petisyen yang membantah adalah berhubung kesan kepada rasuah yang melibatkan bekas Perdana Menteri tersebut.

Petisyen itu menyatakan bahawa negara telah sengsara dan reputasi negara tercemar lantas menimbulkan perasaan malu kepada rakyat.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Bagi petisyen menyokong pula, isu yang diketengahkan adalah berkaitan dengan ketidakadilan dalam perbicaraan kes tersebut. Mereka mendakwa terdapat kepincangan sistem kehakiman dalam kes SRC yang dihadapi Najib.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan bakal memohon kepada Yang Dipertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Memetik Astro Awani, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertimbangan itu dibuat selaras dengan kuasa yang dimiliki Seri Paduka Baginda. Kuasa yang termaktub di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan pengampunan itu dibuat selepas keputusan Mahkamah Persekutan baru-baru ini menolak permohonan yang dikemukakan untuk menyemak semula sabitan kes dan hukuman penjara yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sabitan kes tersebut dibuat berhubung dengan kes dana SRC yang membabitkan dirinya.

Sumber: Astro Awani

The post Petisyen Bantah Pengampunan Najib Razak Cecah Lebih 100 Ribu, Hanya 10 Ribu Yang Menyokong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*