Jaringan Faisal Halim Tercalon Bagi Gol Terbaik Piala Asia 2023

faisal halim gol

Jaringan Faisal Halim Tercalon Bagi Gol Terbaik Piala Asia 2023

Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim telah membanggakan negara apabila jaringan gol yang dilakukannya ketika menentang pasukan Korea Selatan terpilih untuk Gol Terbaik Kejohanan Piala Asia AFC 2023.

Beliau merupakan antara lapan calon yang tersenarai untuk mendapatkan pengiktirafan gol terbaik dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Penyerang Selangor itu telah membuat jaringan gol menakjubkan pada minit ke-39 ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada 25 Januari lalu.

Menerusi jaringan epik itu, Malaysia dapat menyamakan kedudukan 2-2, enam minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Menurut AFC, Faisal Halim berjaya mencari ruang di antara pemain pertahanan Korea Selatan, Kim Min-jae dan Jo Hyeon-woo untuk menunjukkan bisa taring Harimau Malaya.

Gol tersebut tersenarai daripada 132 gol yang dijaringkan pemain dari semua pasukan menerusi 51 perlawanan pada saingan tersebut yang berlangsung dari 10 Jan hingga 10 Feb lepas.

Pada akhir perlawanan, Malaysia telah mengikat Korea Selatan dengan kedudukan 3-3. Sungguhpun tidak dapat mara ke peringkat seterusnya, aksi Malaysia yang cukup memukau itu telah meranapkan impian Korea Selatan untuk menjadi juara kumpulan E.

Nama pemain posisi penyerang itu turut tersenarai bersama bintang-bintang bola sepak prolifik dari pelosok Asia.

Antaranya, Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi), Hassan Al Haydos (Qatar) dan Supachok Sarachat (Thailand).

Turut tersenarai, pemain bintang Spurs, Son Heung-min (Korea Selatan), Mousa Al Tamari (Jordan) dan Sardar Azmoun (Iran).

Anda boleh membuat undian Gol Terbaik Kejohanan di laman web AFC

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menaikkan nama Faisal Halim, yang lebih mesra dikenali sebagai Mickey.

AFC telah membuka undian bagi menentukan pemain yang dapat meraih gelaran Gol Terbaik Kejohanan untuk edisi kali ini.

Bagi memastikan Bintang ‘Siu’ tempatan kita bersinar di seluruh pelosok dunia, anda boleh mengundinya menerusi laman web AFC.

Untuk makluman, Faisal Halim merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Beliau telah mula menempa nama dalam dunia sukan bola sepak profesional menerusi rancangan realiti Mencari Ramli 2024.

BACA: Ini Sebab Presiden Indonesia Tak Boleh Berkhidmat Lebih Dua Penggal

Sumber: Football Association of Malaysia via Facebook, AFC

The post Jaringan Faisal Halim Tercalon Bagi Gol Terbaik Piala Asia 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*