Jangan Amalkan, Ini Sebab Bahaya Tidur Dalam Kereta

bahaya tidur dalam kereta

Jangan Amalkan, Ini Sebab Bahaya Tidur Dalam Kereta

Rata-rata pengguna jalan raya akan mencari tempat yang selesa dan murah untuk bermalam, jika perjalanan tersebut terlalu panjang sehingga memakan masa sehari.

Ada juga yang memilih untuk mencari tempat penginapan murah seperti hotel kapsul, hotel bajet dan sebagainya untuk berehat.

Namun begitu, ada juga yang memilih untuk tidur di mana-mana sahaja disebabkan kekangan bajet perjalanan. Salah satu cara yang paling jimat adalah dengan tidur di dalam kereta selama semalaman.

Orang yang biasa menggunakan kaedah ini akan tidur di dalam kereta dalam keadaan enjin masih dihidupkan agar penyaman udara dapat berfungsi dan penumpang di dalam kereta dapat tidur dengan selesa sehingga ke waktu pagi.

Sungguhpun kaedah ini tidak memakan kos yang tinggi, terdapat risiko-risiko yang bakal menanti sehingga mampu meragut nyawa anda.

Astro Awani pernah membuat perkongsian berkenaan bahaya untuk tidur di dalam kereta, ketika dalam keadaan enjin tidak dimatikan.

Menurut perkongsian tersebut, terdapat kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan semasa anda dan penumpang sedang lena tertidur di dalam kereta.

Hal ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang yang berpunca dari kebocoran ekzos itu tadi menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

Peningkatan tahap karbon monoksida dalam satu ruangan tertutup akan memberikan kesan terhadap paras oksigen di dalam darah.

Apabila paras gas monoksida dalam sel darah merah berada pada tahap yang tidak sepatutnya, ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

Kesan daripada keracunan gas ini adalah mangsa akan mengalami kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu tempoh tertentu.

Berbeza dengan asap kebakaran yang boleh dilihat dan dihidu, gas beracun ini tidak dapat dikesan dengan deria kasar manusia. Maka, kehadiran gas ini tidak dapat disedari penumpang kereta sehinggalah ia sudah terlambat.

Adakah masalah ini boleh selesai jika kita tidur dalam keadaan tingkap terbuka?

Mungkin ada yang menyangka bahawa kita tidak akan terkesan jika tingkap dibuka.

Tanggapan anda sebenarnya silap, kerana gas karbon monoksida masih boleh terkumpul di dalam kereta dan menurunkan paras oksigen dalam darah anda.

Namun satu lagi persoalan timbul iaitu mengapa kita dapat bertahan daripada mengalami keracunan gas monoksida semasa memandu dalam perjalanan yang agak jauh?

Bukankah sepatutnya kita mengalami perkara yang sama kerana duduk di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan dalam jangka masa yang agak lama?

Jawapannya adalah, rata-rata manusia dapat menyedari perubahan suhu dan kandungan bahan-bahan dalam udara ketika dalam keadaan sedar.

Walaupun mereka tidak mengetahui apa yang terdapat di dalam ruangan udara, manusia akan merasa kurang selesa apabila udara yang dihirupnya tidak begitu selamat.

Secara tidak sedar, kita akan bertindak pantas dengan berehat di luar kereta atau menutup penyaman udara dan membuka tingkap seluas-luasnya untuk menghirup udara yang segar.

Oleh sebab itu, orang ramai dinasihati agar tidak tidur di dalam kereta. Rancang perjalanan dengan baik dan cari tempat yang sesuai untuk berehat ketika dalam perjalanan.

BACA: Ini Sebab Presiden Indonesia Tak Boleh Berkhidmat Lebih Dua Penggal

Sumber: Astro Awani

The post Jangan Amalkan, Ini Sebab Bahaya Tidur Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*