Jerman Mula Guna Sistem Kerja 4 Hari Seminggu, Gaji Dibayar Penuh

Jerman bakal kuat kuasa

Jerman Mula Guna Sistem Kerja 4 Hari Seminggu, Gaji Dibayar Penuh

Sebanyak 45 syarikat dan organisasi di Jerman dilaporkan mula melaksanakan jadual bekerja empat hari seminggu bagi tempoh enam bulan, lapor DW.

Difahamkan, inisiatif itu telah diketuai oleh firma perunding Intraprenör dengan kerjasama organisasi bukan untung yang bernama 4 Day Week Global (4DWG). 

Walaupun tempoh bekerja dikurangkan, pekerja di syarikat yang terlibat masih akan terus menerima gaji penuh mereka.

Dalam pada itu, keputusan tersebut turut dipersetujui dan diterima oleh pejuang hak pekerja di negara tersebut.

Mereka berpendapat bahawa bekerja empat hari seminggu akan meningkatkan produktiviti pekerja dan dapat membantu mengurangkan isu kekurangan tenaga kerja mahir.

Menurut DW, Jerman dikenali dengan reputasi dalam bidang industri dan kecekapan.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, produktiviti di Jerman dilapor mula menurun.

Untuk beberapa tahun lepas, kos tenaga di negara itu semakin meningkat menyebabkan banyak syarikat berdepan kekangan operasi dan menjejaskan produktiviti.

Justeru, jika syarikat dapat mengekalkan output dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah jam bekerja, masalah itu dijangka dapat diatasi.

Perkara itu telah diuji menerusi ujian yang dilakukan di luar Jerman.

Sejak 2019, 4DWG telah menjalankan program perintis di seluruh dunia iaitu dari UK dan Afrika Selatan ke Australia, Ireland dan Amerika.

Lebih 500 syarikat telah mengambil bahagian dalam ujian itu dan keputusan awal mendapati bekerja dalam tempoh yang singkat menunjukkan keputusan positif.

Menerusi eksperimen yang dilakukan di UK yang melibatkan 3,000 pekerja, penyelidik mendapati bahawa hampir 40% peserta melaporkan kurang tertekan selepas sistem itu dilaksanakan.

Malah, bilangan pekerja yang meletak jawatan dalam tempoh itu juga menurun sebanyak 57%.

Pun begitu, seorang penyelidik di Institut Ekonomi Jerman (IW) Cologne, Holger Schäfer berpendapat sebaliknya. 

Beliau berkata adalah mustahil untuk mendapat peningkatan produktiviti sebanyak 25% dengan mengurangkan waktu bekerja sebanyak 20%.

Seorang lagi ahli ekonomi, Bernd Fitzenberg berkata, kerja empat hari seminggu mungkin boleh meningkatkan kos bagi syarikat.

Lebih-lebih lagi jika produktiviti syarikat tidak meningkat selepas cadangan itu dilaksanakan.

“Ia lebih mencabar dalam bidang di mana perkhidmatan perlu disediakan pada masa yang ditetapkan untuk pelanggan, misalnya merawat pesakit,” katanya.

Cadangan itu juga sukar dilaksanakan dalam industri perkhidmatan keselamatan dan pengangkutan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: DW

The post Jerman Mula Guna Sistem Kerja 4 Hari Seminggu, Gaji Dibayar Penuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*