SPRM panggil 3 saksi berkaitan penjualan saham mencurigakan babit pengurusan Menara KL

PETALING JAYA : Satu siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penjualan saham mencurigakan hak milik pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). 

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, SPRM akan menyiasat sama ada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100 peratus saham Telekom Malaysia (TM) di dalam Syarikat Menara KL Sdn. Bhd. (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd (HSB) pada Oktober lalu.

“Setakat ini, tiga orang saksi telah dipanggil selain mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak-pihak berkaitan untuk diteliti. 

“Sehubungan itu, SPRM akan menjalankan siasatan secara terperinci dan profesional daripada semua sudut berkaitan isu ini,” kata kenyataan itu. -UTUSAN

 

The post SPRM panggil 3 saksi berkaitan penjualan saham mencurigakan babit pengurusan Menara KL appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*