Jerung Bunuh Pelancong Rusia Di Mesir Dijadikan Mumia & Dipamer Di Muzium

Jerung bunuh pelancong rusia dijadikan mumia

Jerung Bunuh Pelancong Rusia Di Mesir Dijadikan Mumia & Dipamer Di Muzium

Seekor jerung harimau yang membunuh pelancong Rusia di Mesir dilaporkan akan dijadikan mumia dan dipamerkan di sebuah muzim tempatan.

Vladimir Popov, 23, maut selepas dimakan hidup-hidup haiwan pemburu itu ketika sedang berenang di pantai Hurghada. Video yang merakam detik-detik akhir mangsa turut menjadi tular menerusi media sosial.

Menurut laporan media, ketika detik-detik itu berlaku, mangsa sempat menjerit meminta pertolongan dan menyebut ”Ayah, ayah” sambil disaksikan pelancong-pelancong lain.

Baru-baru ini, jerung berkenaan dilapor berjaya ditangkap dan bahagian badan Popov ditemui dalam perut haiwan tersebut tersebut.

Jerung bunuh pelancong Rusia dijadikan mumia

Antara bahagian yang ditemui adalah kepala, dada dan lengan mangsa. Manakala bahagian badan lain mangsa dilapor ditemui oleh sebuah bot nelayan di kawasan berdekatan insiden itu berlaku.

Ketua Institut Sains Marin dan Perikanan Negara Mesir, Amr Zakaria Hamouda berkata, jerung itu telah dimumiakan dan sedag disiapkan untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Sains Marin di Hurghada.

Komuniti saintis tempatan juga sedang menyediakan laporan terperinci mengenai haiwan pemangsa berkenaan dan merangka cara bagi mengelak jerung daripada menghampiri tempat pelancong.

Menurut Al-Arabiya, Gabenor Laut Merah, Mejar Jeneral Amr Hanafi berkata pihaknya sedang mengkaji beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil buat masa ini.

Antaranya memasang jaring di beberapa kawasan pantai yang terdapat hotel dan perkampungan pelancong untuk menghalang jerung daripada masuk ke tempat itu.

Sementara itu, seorang ahli biologi marin berkata, jerung harimau yang bunting itu disyaki telah membunuh dua mangsa pada musim panas lalu.

Dakwaan itu juga disokong oleh ahli biologi marin Rusia, Dmitry Orlove yang mempunyai syarikat aktiviti selaman di Laut Merah.

Katanya, jerung berkenaan dipercayai bunting dan telah membunuh dua individu pada tahun lepas. Menurutnya, disebabkan sedang bunting, jerung berkenaan mungkin berdepan kesukaran untuk memburu mangsa yang lincah seperti ikan.

Oleh itu, ia mungkin menjadi faktor jerung itu menghampiri kawasan pelancongan bagi mendapatkan mangsa yang lebih mudah.

BACA: “Dengarlah Dengan Beradab”, Ustaz Hariri Tegur Sikap Penonton Majlis Tilawah Al-Quran

Sumber: MIRROR

The post Jerung Bunuh Pelancong Rusia Di Mesir Dijadikan Mumia & Dipamer Di Muzium appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*