Transgender Lepas Tembakan Rambang Di Sekolah, Enam Maut

tembakan rambang di sekolah

Transgender Lepas Tembakan Rambang Di Sekolah, Enam Maut

Sekurang-kurangnya enam orang disahkan maut dalam satu kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah Kristian swasta di Nashville, Tennessee pada Isnin, lapor Ny Times.

Dalam kejadian itu, tiga yang terbunuh itu adalah kanak-kanak (pelajar) manakala yang lain merupakan golongan dewasa.

Ketua Jabatan Polis Metropolitan Nashville, John Drake berkata, suspek, 28 tahun memasuki bangunan sekolah dan melepaskan tembakan pada 10 pagi hari kejadian.

Video pengawasan yang dikeluarkan oleh polis pada malam Isnin menunjukkan suspek memandu ke sekolah menggunakan kenderaan jenis Honda Fit.

Dalam video klip itu, dua set pintu kaca pecah akibat tembakan yang dilakukan untuk membuka ruang penyerang masuk ke dalam bangunan itu.

Suspek yang dikenali sebagai A (bukan nama sebenar) dengan berbekalkan tiga senjata api melepaskan tembakan rambang melalui pintu sisi bangunan.

Bagaimanapun tindakan ganasnya tidak berpanjangan apabila polis tiba di lokasi kejadian sebelum menembaknya sehingga mati.

Difahamkan, suspek juga merupakan salah seorang bekas pelajar di sekolah itu pada suatu ketika dahulu.

BACA: 14 Orang Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Chicago

Suspek merupakan seorang transgender – polis

Pada hari kejadian, suspek mengenakan pakaian penyamaran seperti jaket hitam dan topi besbol merah dengan melalui bilik sekolah sambil memegang senjata.

Justeru Drake berkata ketika ini masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan motif tembakan itu.

“Kami mempunyai peta yang menggambarkan kejadian tersebut namun pada waktu ini hanya teori yang dapat dibincangkan.

“Namun segalanya belum disahkan, jadi kami akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin,” tambahnya.

Dalam pada itu, menurut polis terdapat kekeliruan mengenai identiti suspek, di mana asalnya adalah wanita sebelum dikenal pasti sebagai transgender.

Namun menurut catatan di media sosial dan profil Linkedin, suspek kelihatan seperti lelaki sejak beberapa bulan ini.

Buat masa ini siasatan masih dijalankan pihak polis, manakala keluarga suspek turut dihubungi untuk membantu kes.

Identiti keenam-enam mangsa dikenali pasti sebagai Evelyn Dieckhaus, Hallie Scruggs dan William Kinney, masing-masing berumur sembilan tahun.

Manakalal mangsa dewasa pula ialah  seorang guru ganti, Cynthia peak, 61; seorang penjaga, Mike Hill, 61; serta guru besar sekolah Katherine Koonce, 60.

Berdasarkan laporan semasa, suspek difahamkan mengalami masalah kecelaruan emosi yang sepatutnya sedang menjalani pemantauan di rumah buat masa ini.

Sumber: NY Times / BBC / CNN

BACA JUGA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

The post Transgender Lepas Tembakan Rambang Di Sekolah, Enam Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*