Jimat Duit, Ketahui Komponen Kereta Yang Mana Masih Boleh Dibaiki & Yang Perlu Ditukar

komponen kereta

Jimat Duit, Ketahui Komponen Kereta Yang Mana Masih Boleh Dibaiki & Yang Perlu Ditukar

Seperti yang diketahui, setiap kereta dilengkapi dengan pelbagai komponen yang bertindak sebagai pemangkin sewaktu pemanduan.

Sebahagian besar kelancaran sewaktu pemanduan bergantung kepada komponen-komponen ini.

Oleh itu, penjagaan kenderaan amatlah penting, namun ia tidak terlepas daripada berlaku kerosakan seperti perlu dibaiki atau ditukar dengan yang baharu.

Hari ini, SK akan berkongsikan tip mengenai bahagian mahal mana yang boleh dibaiki atau wajib ditukarkan dengan yang baharu kerana dibimbangi memberi kesan terhadap kenderaan anda. Jadi, jom ikuti perkongsian Pakwee_oe di bawah.

Dalam video berdurasi satu minit 13 saat, Pakwee menjelaskan terdapat tiga komponen mahal kereta yang boleh dibaiki dan juga perlu ditukar terus dengan yang baharu.

Bahagian Yang Boleh Dibaiki

1. Alternator Kereta

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Jelasnya, sekiranya alternator kereta mengalami kerosakan, pemilik boleh mencari mana-mana tukang baiki kereta yang mahir terlebih dahulu bagi membaiki kereta mereka.

Langkah ini setidaknya dapat menjimatkan duit poket pemilik kenderaan kerana harga untuk sebuah alternator kereta adalah berkali ganda mahal.

BACA JUGA: Betul Ke Tak Boleh Isi Minyak Sampai Tangki Betul-Betul Penuh? Jurutera Ini ‘Bongkar’ Hal Sebenar

“Alternator ni kalau boleh cari wireman yang pakar, boleh repair balik dengan harga yang murah.

“Kadang-kadang seratus lebih, dua ratus. Bandingkan dengan tukar, berkali ganda harga dia lebih murah,” katanya.

2. Starter Kereta 

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Tambah Pak Wee, komponen ini juga boleh dibaiki semula selepas berlaku kerosakan. Walau bagaimanapun, ia memerlukan khidmat orang yang mempunyai ilmu pertukangan kereta yang mahir.

Starter pun boleh repair kalau cari wireman yang pakar. Repair pun dalam lingkungan RM100 hingga RM200 sahaja. Tengok pada kereta, pada jenis.

“Kalau tukar baharu pun, harga ratus-ratus sampai main ribu,”  ujarnya lagi.

Komponen “Wajib” Tukar

Aircond Compressor Kereta

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Menurut lelaki tersebut, seboleh-bolehnya tukar baharu komponen ini meskipun ia boleh dibaiki semula. Hal ini kerana memerlukan kepakaran yang tinggi oleh seorang tukang baiki.

Tambahan lagi, sekiranya komponen ini rosak kembali setelah dibaiki, ia berisiko menyebabkan kerosakan pada seluruh sistem kenderaan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, pemilik kenderaan terpaksa ‘melabur’ lebih banyak duit pada kenderaan.

@pakwee_oe

Part yg boleh repair dan yg xboleh repair,tips yg boleh jimatkan dompet korang👍😍 #pakwee #malaysia #untukkomerajer #tips #tipsandtricks #tipskereta #fypmalaysia #kereta #compressor #starter #alternator #repairkereta

♬ Presentation – FlyFlyMusic

Sumber: TikTok @pakwee_oe

The post Jimat Duit, Ketahui Komponen Kereta Yang Mana Masih Boleh Dibaiki & Yang Perlu Ditukar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*