Kim Jong Un Bawa Anak Hadiri Jamuan Tentera

Anak Kim Jong Un

Kim Jong Un Bawa Anak Hadiri Jamuan Tentera

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah membuat kemunculan di khalayak ramai dengan membawa anaknya bersama bagi mengikuti persiapan perarakan tentera yang bakal diadakan, lapor Sky News.

Perarakan tentera itu juga dilaporkan dibuat untuk mempamerkan program senjata nuklear milik negara tersebut.

Dalam penampilan umum keempatnya, Kim Ju Ae dan bapanya meluangkan masa bersama dengan melawat tentera dan menghadiri jamuan tentera bagi meraikan ulang tahun ke-75 tentera di negara itu.

Lawatan itu dibuat di tengah-tengah spekulasi Korea Utara sedang dalam persediaan untuk mengadakan perarakan ketenteraan besar-besaran di Pyonyang.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Kim Ju Ae dianggarkan berusia 9 ke 10 tahun

@skynews

KimJongUn’s daughter #KimJuAe has appeared at a 75th anniversary parade, leading to speculation that he may be lining her up to succeed him #SkyNews #NorthKorea

♬ original sound – Sky News

Anak perempuan Kim Jong Un dipercayai berusia sembilan atau 10 tahun dan didakwa merupakan anak kedua daripada tiga anak pemimpin itu.

Beberapa pakar percaya, Ju Ae sedang dilatih untuk menjadi pengganti bapanya sebagai ketua rejim pada masa akan datang.

Pada sebelum ini, Ju Ae juga telah menghadiri ujian penerbangan peluru berpandu balistik antara benua pada November lalu.

Kredit Sky News

Dia juga pernah dilihat menemani bapanya ke mesyuarat dengan saintis tentera dan melakukan pemeriksaan senjata.

Agensi Berita Pusat Korea Utara berkata, Kim pernah melawat kuaters penginapan pegawai-pegawai jeneral Tentera Rakyat Korea bersama anak perempuannya itu.

Dia kemudiannya memberi ucapan kepada tentera di jamuan tersebut. Sambil memuji mereka kerana telah mengekalkan reputasi sebagai “tentera terkuat di dunia” walaupun menghadapi kesukaran.

Gambar perkongsian media kerajaan menunjukkan pegawai tentera bertepuk tangan ketika jamuan itu. Jamuan itu dilaporkan diadakan di Hotel Yanggakdo di Pyongyang.

Kredit Sky News

Kim dan anak perempuannya mengenakan pakaian sedondon dalam sut hitam dan kemeja putih. Kedua bapa dan anak itu dilihat berpegangan tangan ketika berjalan di permaidani merah bersama isteri pemimpin itu, Ri Sol Ju.

Lawatan itu dibuat sehari selepas Kim mempengerusikan mesyuarat dengan pegawai tertinggi tenteranya sambil menggesa perluasan latihan tempur.

Ia dilihat sebagai tindakan untuk meningkatkan provokatif dalam demonstrasi senjata. Provokatif dalam menghadapi ketegangan yang semakin mendalam antara jiran Korea Utara dan pegawai Amerika Syaikat di Washington.

Sumber: Sky News

The post Kim Jong Un Bawa Anak Hadiri Jamuan Tentera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*