Juadah Kegemaran Ramai, Abang Ni Jelaskan Apa Itu Tongkeng Ayam, “Ramai Salah Faham…”

Juadah Kegemaran Ramai, Abang Ni Jelaskan Apa Itu Tongkeng Ayam, “Ramai Salah Faham…”

Selama ini, kita sering digembar-gemburkan dengan kenyataan ‘tongkeng ayam adalah bontot ayam’, begitu juga pedal ayam yang bermacam-macam ‘fungsinya’.

Perkara ini menyebabkan segelintir daripada kita menolak untuk menjamah makanan tersebut atas beberapa sebab, antaranya faktor kebersihan.

Rupanya, bahagian tersebut bukanlah punggung ayam seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menurut seorang pengguna TikTok yang juga berkerja dalam bidang penternakan, Yai Marcello (@yaimarcello), dia berkongsi bahawa tongkeng ayam sebenarnya adalah bahagian ekor ayam (bishop nose).

Untuk makluman, ayam hanya memiliki satu lubang sahaja yang digunakan untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan.

Lubang itulah digunakan untuk proses penyahtinjaan, perkumuhan, pembiakan dan sebagainya.

“Tapi saya tak pernah nampak ayam kencing…”

Jika difikirkan balik, ada betul juga soalan di atas. Berbeza dengan haiwan ternakan dan belaan lain seperti lembu, kucing, arnab dan sebagainya, kita tidak melihat ayam merembeskan cecair daripada badannya.

Yai Mercello menerangkan, manusia dan haiwan, masing-masing mempunyai buah pinggangnya yang tersendiri.

Bagi ayam, buah pinggangnya terletak pada bagian tulang belakang haiwan berkenaan. Secara logik, haiwan yang memiliki buah pinggang akan menjalankan proses perkumuhan bagi membuang kandungan air yang berlebihan.

Untuk menjawab teka-teki ini, beliau menunjukkan satu foto yang memaparkan najis ayam. Najis ayam mengandungi dua bahagian, satu daripadanya berwarna hijau manakala satu lagi berwarna putih.

tongkeng ayam pedal ayam
Kredit: TikTok Yai Marcello

Katanya, bahagian hijau tersebut merupakan bahan buangan daripada makanan dan warna putih pula merupakan kandungan air yang berlebihan.

Senang cerita, tinja dan air kencing ayam bergabung dalam satu kompenen sama disebabkan berkongsi jalan keluar yang sama.

“Kalau tongkeng ayam bukannya pinggul, ada cecair kuning ada ketika memotong bahagian tersebut?”

Ada yang kata ia adalah najis ayam, apa pula yang mengatakan ia adalah jagung. Jawapannya adalah, kedua-duanya salah kerana cecair tersebut merupakan kelenjar minyak ayam,

Kata Yai Marcello, kelenjar tersebut digunakan oleh ayam untuk mendandan dirinya sendiri. Antara fungsi kelenjar tersebut iaitu meluruskan bulu ayam, bahan kalis air serta mengandungi bahan-bahan antibakteria.

Menjawab mitos berkenaan pedal ayam

Seperti tongkeng ayam sebelum ini, ramai juga yang salah anggap mengenai fungsi pedal ayam. Ada yang mendakwa ia merupakan tempat untuk menyimpan najis ayam, ada juga yang mengatakan pedal adalah ginjal ayam.

Yai Marcello mengatakan kedua-duanya salah. Fungsi pedal (gizzard) adalah untuk menghancurkan makanan yang dimakan ayam untuk menjadi lebih halus.

Untuk makluman, ayam merupakan haiwan yang tidak memiliki gigi, jadi haiwan ini tidak dapat mengunyah makanannya sendiri.

Oleh itu, pedal berfungsi bagi ‘mengisar’ makanan tersebut untuk menjadi lebih halus dan nutrisinya mudah diserap oleh badan ayam.

@yaimarcello

Replying to @Abg Agraban unggas itu termasuklah itik, ayam, burung, penguin tapi bukan kamu #fypシ #xy #fypシ゚viral #animalsoftiktok #bongda

♬ original sound – Yai Marcello – Yai Marcello

@yaimarcello

Replying to @AmriAmru87 tongkeng vs pedal #fypシ #xy #fypシ゚viral #animalsoftiktok #bongda

♬ original sound – Yai Marcello – Yai Marcello 👨🏻‍⚕️🐂🐓

BACA: Cemas, Letupan Kedengaran Ketika PM Jepun Mahu Berucap

Sumber: Yai Marcello via TikTok

The post Juadah Kegemaran Ramai, Abang Ni Jelaskan Apa Itu Tongkeng Ayam, “Ramai Salah Faham…” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*