Enzo Fernandez Beri Jersi Kepada ‘Peminat Cilik’ Yang Sedang Menangis

Enzo Fernandez beri jersi

Enzo Fernandez Beri Jersi Kepada ‘Peminat Cilik’ Yang Sedang Menangis

Pemain Chelsea, Enzo Fernandez dilaporkan memberikan bajunya kepada peminat cilik yang berlari menujunya dalam linangan air mata, lapor The Sun.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas kemenangan pasukan itu dalam ke atas Borrussia Dortmund 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada malam tadi.

Chelsea telah memulihkan defisit satu gol pada perlawanan kedua untuk menempah tempat ke perlawanan suku akhir dalam saingan UCL.

Dua jaringan gol itu telah disumbangkan oleh Raheem Sterling dan Kai Haverts masing-masing pada minit 43 dan 53 perlawanan 90 minit itu.

Jaringan gol itu sekali gus telah membuka ruang untuk Chelsea ke pusingan seterusnya dan mengurangkan tekanan ke atas pengurus pasukan Graham Potter.

Pemenang Piala Dunia Qatar, Enzo Fernandez memaikan peranan penting dalam perlawanan di Stamford Bridge tersebut. Tamat masa penuh dia telah disambut oleh peminat muda yang berlari ke padang untuk bertemu dengannya.

Rezeki peminat cilik

Fernandez kemudiannya dilihat menghulurkan jersi yang dipakainya kepada peminat cilik yang berlinangan air mata itu lalu memeluknya.

Kredit The Sun

Seorang peminat di Twitter berkata: “Saya bukan peminat Chelsea tetapi saya sukakannya.

“Pemain ini telah meninggalkan kesan positif yang besar kepada generasi muda. Semoga ia berterusan,”

“Inilah sebab mengapa Argentina layak menjadi Juara Piala Dunia.” tulis seorang lagi netizen di Twitter.

“Perkara terbaik yang saya lihat pada hari ini,” tulis seorang netizen yang terharu melihat kejadian itu.

Chelsea perlu berkerja keras untuk mengubah nasib mereka pada musim ini. Ketika ini, pasukan anak buah Potter itu menduduki tempat kesepuluh dalam Liga Perdana.

Terdahulu, dalam persaingan liga berasingan iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menyaksikan pasukan Liverpool berjaya membelasah Manchester United di laman sendiri dengan keputusan tujuh gol tanpa balas.

Kemenangan The Reds ke atas United membolehkan skuad kendalian Klopp melonjak ke tangga ke-5 liga di bawah Tottenham Hotspurs dengan mengumpul 42 mata secara keseluruhan.

Selepas seminggu menjuarai Piala Carabao dan kemarau trofi sejak 2017. United bertandang ke gelanggang keramat The Reds bagi saingan liga seterusnya.

Bagaimanapun, siapa sangka ia menjadi mimpi ngeri buat pasukan di tangga ketiga liga itu apabila dimalukan sehingga dibenam tujuh gol.

Sumber: The Sun

The post Enzo Fernandez Beri Jersi Kepada ‘Peminat Cilik’ Yang Sedang Menangis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*