Jual Juadah Yang Dapat Jutaan ‘Views’ Di TikTok, Konsep Bazar Di 28 Lokasi Ini Jadi Perhatian

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Jual Juadah Yang Dapat Jutaan ‘Views’ Di TikTok, Konsep Bazar Di 28 Lokasi Ini Jadi Perhatian

Masuk je bulan Ramadan, maka antara perkara yang akan menjadi tumpuan orang ramai adalah bazar Ramadan. Mana tidaknya, merata tempat di seluruh Malaysia akan dianjurkan bazar Ramadan bagi memudahkan semua orang untuk mendapatkan juadah berbuka. Apa yang menariknya, bukan sekadar yang berbangsa Melayu sahaja berkunjung ke bazar Ramadan, malah ianya turut dikunjungi oleh semua kaum dan bangsa di Malaysia.

Bila bercakap tentang bazar Ramadan, pelbagai konsep telahpun diamalkan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Ianya samalah seperti konsep yang agak ‘rare’ ini di mana bazar Ramadan ini menghidangkan juadah-juadah yang mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Kalau banyak views, mesti sedap dan menarik?

Biasanya kalau kita tengah main TikTok, pasti akan melihat juadah-juadah berbuka yang sedap-sedap sehingga rasa teringin. Jadi bila ada konsep bazar seperti ini, secara tak langsung resipi yang dikongsikan di dalam platform tersebut kini menjadi juadah di depan mata melalui bazar ini. Yang kongsikan resipi sehingga berjuta-juta tontonan itu pun bukan calang-calang orang, kebanyakan adalah pempengaruh yang selalu membuat ‘content’ masakan.

Menu apa ada dan siapa influencer?

Konsep yang diketengahkan dah menarik, tapi menu apa yang ditawarkan dan siapa empunya resipi? Okay antara influencer yang terlibat dalam bazar Ramadan ini adalah Hamdan Mubarak, Hazwan Ramli, Limau Nipis dan juga Soya Belacan. Jika diteliti di TikTok mereka, video-video resipi dan masakan sering mendapat tontonan yang tinggi malah ada yang mencecah jutaan tontonan.

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Bagi Hamdan Mubarak, beliau mengetengahkan menu Ikan Bakar Portugis dan juga Ayam Goreng Cili Api. Sebelum itu, jangan lupa dengan tagline beliau yang sering disebut ialah “Bismilahh”.

Untuk Hazwan Ramli pula, beliau memperhidangkan menu Beef Bolognese dan juga Enoki Mushroom manakala Limau Nipis tawarkan Hwachae dan Kerabu udang, tauhu & taugeh. Bagi Soya Belacan pula, menunya adalah Telur Goreng Cuka serta Nasi Ayam Lemon Telur + Sup Sayur.

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Mydin Anjur Bazar Ramadan Rahmah

Bila dah tahu menu dan tuan empunya resipi, mesti nak tahu kat mana pulak ianya dijualkan. Sebenarnya bazar Ramadan Rahmah yang mengetengahkan menu-menu daripada pempengaruh ini adalah anjuran daripada Mydin Malaysia di mana terdapat 28 lokasi sepanjang bulan yang mulia ini. Seperti yang semua sedia maklum, Mydin sentiasa menawarkan pelbagai hidangan-hidangan Rahmah bagi memastikan semua pelanggannya menikmati juadah yang enak ketika berbuka. 

28 Lokasi Bazar Ramadan Siri TikTok

  1. Mydin Subang Jaya,Selangor
  2. Mydin Semenyih,Selangor
  3. Mydin Seremban 2,N.Sembilan
  4. Mydin Senawang,N.Sembilan
  5. Mydin Mitc,Melaka
  6. Mydin Jasin,Melaka
  7. Mydin Pulau Sebang,Melaka
  8. Mydin Kulai,Johor
  9. Mydin Pelangi Indah,Johor
  10. Mydin Mutiara Rini,Johor
  11. Mydin Taman Rinting,Johor
  12. Mydin Parit Buntar,Perak
  13. Mydin Meru Raya,Perak
  14. Mydin Manjoi,Perak
  15. Mydin Gopeng,Perak
  16. Mydin Bukit Jambul,Penang
  17. Mydin Bertam,Penang
  18. Mydin Bukit Mertajam,Penang
  19. Mydin Jengka, Pahang
  20. Mydin Taman Batik,Kedah
  21. Mydin Taman Saga,Kedah
  22. Mydin Kuala Terengganu
  23. Mydin Kubang Kerian,Kelantan
  24. Mydin Tunjong, Kelantan
  25. Mydin Gong Badak,Terengganu
  26. Mydin Samariang,Sarawak
  27. Mydin Petra Jaya,Sarawak
  28. Mydin Sejati Ujana,Sabah

Mydin Tawarkan Pelbagai Diskaun Dan Ganjaran

Tak sah lah sebut pasal Mydin kalau bukan kerana penawaran diskaun dan ganjaran gila-gila daripada mereka. Sempena bulan puasa dan menjelang Hari Raya ini, Mydin menawarkan pelbagai promosi daripada barang basah sehinggalah ke baju raya di semua cawangannya. Namun, ada juga ganjaran untuk korang yang sentiasa mempraktikkan edompet ketika membuat sebarang pembayaran.

Pulangan Tunai & Diskaun Jika Bayar Guna E-Wallet

Bila korang dah ke Mydin untuk beli juadah berbuka ataupun barang keperluan lain, lebih baik gunakan e dompet sebab korang boleh menikmati pulangan tunai RM5 dengan membelanjakan minimum RM50 apabila buat pembayaran guna aplikasi Boost. Selain itu, korang juga boleh gunakan SPayLater dan dapat menikmati diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50 serta 0 kos apabila bayar pada bulan hadapan.

Konsep Bazar Di 28 Lokasi

Alang-alang dah ke bazar Mydin, boleh terus shopping raya

Kalau masih mencari baju yang pertama, kedua, dan ketiga, korang memang patut beli di Mydin sebab sekarang Mydin tawarkan pelbagai koleksi pakai raya terbaharu dengan corak yang lebih elegan. Bila korang pegang jenis kain dan tengok pada harga, rasa seperti tak masuk akal kerana Mydin tawarkan baju sepasang dengan harga tak sampai RM100. Malah, korang siap boleh dapatkan baju sekeluarga sedondon raya ini di Mydin.

Jadi untuk korang yang nak cari juadah berbuka, tapi malas hendak berpanas-panas di bazar yang lain, korang memang kena datang Mydin sebab bazar di Mydin siap dalam aircond weh. Dah alang-alang tu terus shopping barang keperluan raya dan juga baju raya dengan pelbagai penawaran diskaun dan ganjaran. 

Kalau nak tahu lebih lagi tentang bazar ataupun promosi Mydin, korang boleh layari laman Facebook Mydin di SINI.

The post Jual Juadah Yang Dapat Jutaan ‘Views’ Di TikTok, Konsep Bazar Di 28 Lokasi Ini Jadi Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*