Jurutera Perkapalan Didakwa Bunuh Penjawat Awam

jurutera bunuh penjawat awam

Jurutera Perkapalan Didakwa Bunuh Penjawat Awam

TANAH MERAH, 14 Sept (Bernama) — Seorang jurutera syarikat perkapalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang penjawat awam di Machang pada 3 Sept lepas.

Tertuduh, 46, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa, 51, di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang, Jalan Pasir Puteh Lama, Machang kira-kira pukul 11.30 pagi.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

BACA: Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dinanti, Terus Pantau Harga

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Muhammad Zaki Abdul Kudos manakala tertuduh diwakili penguam Tengku Shazuan Tg Shariffudin.

Mahkamah menetapkan 13 Nov ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan kimia sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada 3 Sept, media melaporkan seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu berlaku sekitar jam 11 pagi.

“Akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua belah mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya, dalam kenyataan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Penjawat Awam Maut Bergaduh Depan Kedai Di Machang

The post Jurutera Perkapalan Didakwa Bunuh Penjawat Awam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*