Baskin-Robbins Membawa Keceriaan Menerusi Penjenamaan Semula: Kempen Baharu Dilancarkan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12th September 2023 – Siap sedia untuk kemeriahan warna-warni September ini! Rangkaian kedai aiskrim istimewa terbesar di dunia, Baskin-Robbins Malaysia, mengumumkan penjenamaan semula dengan memperkenalkan logo baharu mereka untuk meraikan kegembiraan dalam setiap hidangan aiskrim.

Daripada pembungkusan sehinggalah estetika visual secara keseluruhan di cawangan terpilih, para pencinta Baskin-Robbins Malaysia akan dapat menyaksikan wajah serba baharu mereka tidak lama lagi. Perubahan dinamik ini adalah untuk memberi penghormatan kepada warisan jenama tersebut yang kaya sambil meraikan lembaran baharu yang segar. Pemilihan logo ini adalah untuk memberi nafas moden serta penghormatan terhadap asal-usul Baskin-Robbins yang berasal dari Amerika Syarikat dengan menampilkan nombor ‘31’ yang tidak lagi asing – manifestasi kepercayaan syarikat tersebut bahawa para pencinta aiskrim sewajarnya menikmati kegembiraan perisa baharu setiap hari, setiap bulan. Warna ikonik biru dan merah jambu kekal dalam spektrum premium yang dinaik taraf bagi menonjolkan kepimpinan jenama tersebut dalam perisa-perisa berinovatif dan pengalaman yang mengujakan.

“Selama 35 tahun, aiskrim Baskin-Robbins telah mencipta memori yang membahagiakan rakyat. Meskipun kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada logo klasik Baskin-Robbins yang telah digunakan buat sekian lamanya, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan bukan sahaja identiti visual baharu, malah merasai pengalaman Baskin-Robbins Malaysia yang baharu.” ujar Cheah Jia Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Scoop Sdn. Bhd.

Bagi memeriahkan sambutan ini, Baskin-Robbins Malaysia menawarkan pelbagai promosi sambutan dan manisan sejuk beku yang direka khas bagi menggembirakan setiap peminat.
Penghormatan kepada Pembungkusan Merah Jambu Klasik dan Sambutan Wajah Serba Baharu Promosi menarik “Beli 1 Klasik, Dapatkan 1 Quart Berwajah Baharu” bakal memulakan perjalanan sambutan ini dari 7 September 2023 sehingga 4 Oktober 2023. Bagi membolehkan para peminat aiskrim untuk turut serta dalam sambutan ini dan mengucapkan selamat tinggal kepada logo lama, promosi Baskin-Robbins Malaysia yang hanya boleh didapati setiap hari minggu yang akan menyertakan satu quart “New Look” bagi setiap pembelian quart “Klasik”.

Meraikan Dua Dunia, Dua Perisa

Rakyat Malaysia bakal disajikan dengan kelazatan yang berpanjangan seiring dengan kesinambungan sambutan pelancaran Baskin-Robbins “Mix ‘N Shake” yang dinanti-nantikan, memberikan para peminat susu kocak atau milkshake peluang untuk bereksperimen, mencipta, dan merasai sendiri kombinasi perisa-perisa kegemaran mereka.

Satu lagi tarikan sambutan ini ialah pengenalan semula kek aiskrim yang lazat, Garden Love, yang menonjolkan gabungan dua perisa aiskrim yang cukup berbeza namun tergabung sempurna, buat para penggemar yang ingin menikmati keindahan dua dunia rasa yang berbeza. Kek aiskrim dwi-perisa ini menzahirkan gabungan imaginasi dua perisa Baskin-Robbins Malaysia yang akan memikat selera setiap pencinta aiskrim.

Penjenamaan Semula baskin robbins

Lebih Banyak Cara Baharu untuk Menikmati Baskin-Robbins

Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai perisa aiskrim Baskin-Robbins Malaysia, sambutan ini turut berlangsung pada bulan Oktober dengan Baskin-Robbins “Variety Pack” yang baharu. Pek ini akan menawarkan para penggemar aiskrim seleksi empat, enam, lapan, dan dua belas perisa aiskrim yang berbeza dalam cawan bawa pulang yang dibungkus dengan cermat, menawarkan gabungan pilihan yang menarik untuk deria rasa semua tanpa mengira apa jua bentuk keraian.

Nantikan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk dan jalinan kerjasama yang diperluas untuk meraikan sambutan bersejarah ini. Untuk maklumat lanjut, layarihttps://www.baskinrobbins.com.my atau laman media sosial Baskin-Robbins di:

Instagram:https://www.instagram.com/baskinrobbinsmalaysia
Facebook: https://www.facebook.com/MYBaskinRobbins
TikTok: https://www.tiktok.com/@baskinrobbinsmalaysia

The post Baskin-Robbins Membawa Keceriaan Menerusi Penjenamaan Semula: Kempen Baharu Dilancarkan Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*