Kadar Zakat Fitrah RM7, RM12 & RM20 Di Negeri Johor Tahun Ini – MAINJ

kadar fitrah rm7 johor

Kadar Zakat Fitrah RM7 Di Negeri Johor Tahun Ini – MAINJ

1) KAEDAH PENETAPAN HARGA FITRAH NEGERI JOHOR

Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri Johor  pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram

Harga beras dan peratusan penggunaannya diperolehi daripada Bahagian Kawalselia Padi, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, pemborong dan peruncit yang ada di sekitar negeri Johor.

 

2) KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI TAHUN 1445 HIJRIAH / 2024 MILADIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1445H bersamaan 2024M pada tiga kadar harga RM 7.00, RM12.00 dan RM 20.00.

 

  • RM 7.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

  • RM 12.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (beras import).

  • RM 20.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (beras import) seperti beras Super Wangi dan beras Basmathi.

 

3) PANDUAN DAN PERINGATAN ZAKAT FITRAH

  • Umat Islam di negeri Johor boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah menggunakan tiga kaedah:
    1. Menerusi kaunter amil zakat fitrah pembayaran boleh dilaksanakan secara aplikasi Duit Now atau tunai.
    2. Kaunter MAINJ di setiap daerah dan cawangan.
  • Pembayaran menerusi Perbankan Internet seperti  Zakat Johor Online Payment melalui QR Code Fastpay dan aplikasi TULUS
  • Bayaran zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil yang bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Bagi individu yang membuat bayaran melalui online, boleh memuat naik penyata pembayaran zakat fitrah boleh di dapati melalui epayment.maij.gov.my
  • Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah pada awal Ramadan bagi membolehkan agihan  kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

kadar fitrah rm7 johor

 

4) KESALAHAN TIDAK MEMBAYAR ZAKAT DAN MEMUNGUT ZAKAT TANPA KEBENARAN

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor Tahun 1997 :

1.“Tidak membayar zakat atau fitrah”

Seksyen 16  iaitu mana- mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi: 

  • enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau 
  • enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana- mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, 

…. adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 

 

2.“ Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa ”

Seksyen 33 iaitu mana- mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Seksyen 39 Enakmen Pentadbiran.

 

3.“ Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah ” 

Seksyen 34 iaitu mana- mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana mana orang yang tidak diberikuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya.

 

5) JUMLAH AMIL ZAKAT FITRAH NEGERI JOHOR TAHUN 1445H / 2024M

Seramai 1,660 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri Johor. Selain daripada itu, amil-amil juga terlibat dengan tugas membanci fakir dan miskin di kariah masing-masing yang kemudiannya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Masjid di kariah mereka.

Pelantikan amil fitrah adalah mengikut kawasan / kariah di setiap daerah dalam negeri Johor bertujuan memberi kemudahan kepada umat Islam menunaikan zakat fitrah di negeri ini. 

kadar fitrah rm7 johor

6) UNJURAN PUNGUTAN FITRAH TAHUN 1445H / 2024M

Unjuran pungutan fitrah bagi tahun 1445H / 2024M adalah sebanyak RM 24,296,796.00 juta dengan anggaran seramai 2,393,773.00 umat Islam di negeri Johor akan membayar zakat fitrah. Jumlah pembayar fitrah setiap tahun adalah hasil daripada kelahiran baru dan juga mereka yang berhijrah ke negeri Johor untuk bekerja dan sebagainya. Pengiraan unjuran ini mengambil kira keadaan ekonomi pada waktu kini, iaitu dengan mengambil nisbah 15 peratus adalah pembayar bayar bagi RM 7.00 dan 70 peratus adalah pembayar RM 12.00 serta 15 peratus adalah pembayar bagi RM 20.00 .

7) KADAR BANTUAN HARI RAYA TAHUN 1445H/2024M

  • Kadar bantuan hari raya bagi tahun 1445H/2024M yang diperuntukkan sebanyak RM 14,627,900.00
  • Hasil daripada proses bancian yang dilakukan oleh amil, bilangan ketua keluarga fakir seramai 6,911 orang manakala bilangan ketua keluarga miskin seramai 31,125 orang.
  • Setiap ketua keluarga fakir akan menerima RM 400.00, manakala ketua keluarga miskin akan menerima RM 300.00.
  • Jumlah tanggungan dari keluarga fakir 9,588 orang dan miskin seramai 40,932 orang yang mana Setiap seorang tanggungan akan menerima RM 50.00.
  • Jumlah keseluruhan ketua keluarga asnaf fakir dan miskin termasuk tanggungan adalah seramai 88,556 orang.

kadar fitrah rm7 johor

Sekian sahaja perkongsian pengumuman kadar fitrah dan kadar bantuan tunai hari raya bagi tahun ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak dan selamat berpuasa, sekian terima kasih.

The post Kadar Zakat Fitrah RM7, RM12 & RM20 Di Negeri Johor Tahun Ini – MAINJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*