Nak Isi Minyak, Sekali Buka “Seat” Tengok Ada Ular Sawa Melingkar

Ular Sawa seat

Nak Isi Minyak, Sekali Buka “Seat” Tengok Ada Ular Sawa Melingkar

Tidak dinafikan cuaca panas membuatkan orang ramai lebih memilih untuk berlindung daripada terkena sinaran matahari secara langsung.  Bukan sahaja manusia, malah haiwan lain khususnya yang berdarah sejuk seperti ular sawa turut keluar mencari kawasan yang lebih sejuk.

Baru-baru ini tular seekor ular sawa dilaporkan ‘tumpang berteduh’ di bawah tempat duduk motosikal seorang lelaki.

Ular Sawa Tumpang “Ride” Bawah Seat

Menerusi perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai Wan, dia mendakwa hanya menyedari kejadian itu sewaktu berhenti di sebuah stesen pam minyak di Jasin.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan, tadi masa balik kerja rasa motor macam semput je, tapi dah tukar air filter.

“Tapi takpa la, singgah isi minyak dekat Shell Jasin. Dah bayar nak isi, waktu buka seat….macam nak gugur jantung saya tengok binatang ni.” katanya.

Sempat Isi Minyak Baru Tangkap

Ular Sawa Tumpang Ride
Gambar: Wan Muhammad Firdaus Latip

Menyedari haiwan itu dalam keadaan tenang, dia mengisi minyak motosikalnya terlebih dahulu sebelum menangkap reptilia terbabit, maklumnya.

Ular sawa itu berjaya ditangkap hasil bantuan kakitangan Shell tersebut.

Gambar: Wan Muhammad Firdaus Latip

“Tengok dia diam ja, saya pun terus jela isi minyak. Pastu tolak sampai pam tayar minta staff Shell penyepit dan plastik.

“Nasib ada staff lelaki, jadi senang nak buat kerja. Masuk dalam plastik ikat pastu lepas kat kawasan hutan,” katanya lagi.

BACA JUGA: Ingatkan Tersumbat, Lelaki Tak Sangka Ular Sawa Tersekat Dalam Saluran Punca Jamban Tak Boleh “Flush”

Dia turut menasihati para penunggang motosikal agar memeriksa terlebih dahulu bahagian bawah tempat duduk sebelum dan memulakan perjalanan.

“Jadi, kawan-kawan sebelum nak gerak pergi kerja ke, balik kerja ke check dulu bawah seat atau dalam bakul. Takut-takut dia ada lepak dalam tu. Sekarang musim panas ni hati-hati ya.

“Nasib si sawa, kalau yang lain mau saya ca alip bot. Ngeri betul la,” tulisnya di Facebook.

Gambar: Wan Muhammad Firdaus Latip

Ular Sawa Dalam Mangkuk Tandas

Sebelum ini, seekor ular sawa seberat 10 kilogram (kg) ditemui di dalam mangkuk tandas oleh seorang lelaki di  di rumahnya di Kampung Wakaf, Kelantan, lapor Sinar Harian.

Difahamkan kejadian itu disedarinya susulan terdengar bunyi seperti serpihan kayu jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.

Sumber: Wan Muhammad Firdaus Latip via Facebook Kumpulan Honda RS-X 150 / RS150R / Winner X Malaysia

The post Nak Isi Minyak, Sekali Buka “Seat” Tengok Ada Ular Sawa Melingkar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*