Kami Lega Konsert Itu ‘Lenyapkan’ 21 Ribu Ngauman Penyokong Di Stadium – Pengendali Thailand

Kami Lega Konsert Itu ‘Lenyapkan’ 21 Ribu Ngauman Penyokong Di Stadium – Pengendali Thailand

Pengendali pasukan Thailand, Alexandre Polking mengakui bahawa beliau berasa sedikit lega apabila mengetahui bahawa penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan mencapai kapasiti penuh menjelang aksi separuh akhir pertama piala AFF 2022 esok, lapor Sinar Harian.

Hal itu disebabkan sebanyak 21,000 kerusi akan dikorbankan bagi persiapan konsert artis dari Taiwan, Jay Chou pada 15 Januari depan.

“Saya rasa kami agak bertuah kerana konsert tersebut akan mengurangkan jumlah penyokong (Malaysia) sebanyak 20,000 orang. Kami gembira dengan perkara itu,” kata Alexandre dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Walau bagaimanapun, Alexandre tetap menjangkakan pasukannya bakal menghadapi tugas yang sukar sewaktu menentang Hariamau Malaya di stadium keramat tersebut. Justeru dia sempat mengingatkan pasukannya agar memberikan aksi yang terbaik dalam perlawanan pada Sabtu ini.

Alexandre turut menyifatkan kekuatan mental pemain sangat diperlukan bagi menghadapi aksi penuh getir untuk penentuan tempat ke perlawanan akhir.

“Untuk berada di peringkat ini, ia lebih kepada kekuatan mental dan strategi yang betul.

“Jika kami fokus, apa juga yang berlaku dalam perlawanan itu seperti lawan mendapat sokongan padu daripada penyokong, kami tetap mampu memberikan persembahan yang baik dan menghentikan mereka,” katanya lagi. 

Beliau juga menegaskan bahawa pasukannya tidak akan bergantung kepada strategi bertahan semata kerana sedar mereka boleh memberikan persembahan yang terbaik sewaktu perlawanan timbal balik di Stadium Thammasat pada Selasa depan.

“Jelas bahawa kami tidak datang ke sini untuk bertahan. Ia bermakna kami akan cuba mendapatkan bola, mengawal perlawanan dan mengatasi tekanan,” kata Alexandre.

Sementara itu, pemain pertahanan Thailand, Sasalak Hairprakhon menjelaskan pasukan Gajah Perang berkenaan sudah bersedia bagi berhadapan Malaysia dan akan memberikan aksi terbaik mereka.

“Satu perlawanan yang sukar dan Malaysia ada penyokong yang bagus. Namun, kami telah mendapat rehat yang cukup dan persiapan yang rapi. Semua pemain yakin dan bersedia untuk perlawanan esok,” kata Sasalak sewaktu sidang akhbar tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The post Kami Lega Konsert Itu ‘Lenyapkan’ 21 Ribu Ngauman Penyokong Di Stadium – Pengendali Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*