Kes ASF dikesan di ladang babi P. Pinang

GEORGE TOWN – Sebuah ladang babi di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini diarahkan ditutup selepas kes Demam Babi Afrika (ASF) dikesan di ladang itu.

Pada masa ini, lebih 1,000 ekor babi di ladang itu dimusnahkan serta ditanam di kawasan berkenaan dan dijangka selesai pada akhir minggu ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, situasi itu sedang dalam pemantauan dan diambil perhatian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri ini.

”Keseluruhan ladang telah ditutup dan babi sedang dimusnahkan serta ditanam di lokasi pada masa ini. Langkah ini diambil bagi membendung dan mengelakkannya daripada merebak ke ladang babi lain,” katanya di sini hari ini.

Pada September tahun lalu, dua ladang babi komersial di daerah Kerian di Perak telah dilanda ASF dan langkah berjaga-jaga telah diambil bagi mengelak ia merebak ke negeri lain.

Sehingga tahun lalu, terdapat 124 ladang babi di Pulau Pinang dengan 267,348 ekor babi direkodkan dengan 64 ladang berada di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan (52) dan Seberang Perai Tengah (empat) dan empat ladang di daerah Barat Daya.-KOSMO! ONLINE

The post Kes ASF dikesan di ladang babi P. Pinang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*