Kawalan Keselamatan PM Anwar Dipertingkat – KPN

Kawalan keselamatan PM Anwar

Kawalan Keselamatan PM Anwar Dipertingkat – KPN

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam, berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.

“Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Beliau bagaimanapun berkata ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar bahawa beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Semalam, Anwar ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, turut berkata Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Himpunan dihadiri lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama itu bertindak umpama “pembesar suara” bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.

Razarudin berkata himpunan itu berlangsung dalam keadaan terkawal dengan melibatkan lebih 300 anggota polis.

Sumber: BERNAMA

The post Kawalan Keselamatan PM Anwar Dipertingkat – KPN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*