“Dia Antara Insan Terpilih” Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Pilu Banduan Akhir

kisah banduan akhir

“Dia Antara Insan Terpilih” Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Pilu Banduan Akhir

Setiap kejadian yang menimpa pada diri pasti terselit sejuta hikmah yang kita tidak pernah duga. Tambahan lagi, setiap kesalahan yang dilakukan tidak terlepas daripada pintu keadilan baik di dunia mahupun di akhirat.

Hanya diri kita sahaja yang mengetahui betapa peritnya dugaan yang harus dilalui lebih-lebih lagi bila seorang diri. Seperti yang diketahui, cabaran dan ujian yang dihadapi oleh setiap orang adalah berbeza-beza.

Meratapi kesilapan lampau bagaikan tiada penghujung, sebaliknya tepuklah dada tanya iman dan kembalilah semula memohon pengampunan daripada Allah SWT.

Setiap jalan hidup manusia juga telah ditakdirkan bagaimana ia berlaku. Namun, kita haruslah bersikap positif bahawa setiap ujian yang datang bertujuan untuk menaikkan lagi darjat kita di sisi-Nya.

Oleh itu, janganlah kita sesekali mudah mengalah dan mengeluh dengan setiap dugaan yang menimpa.

Kisah Banduan Akhir

Hari ini SK akan berkongsikan kisah seorang pesalah di penjara yang disabitkan hukuman mati mandatori. Perkongsian menyentuh hati ini disampaikan oleh Aktivis Masyarakat, Natipah Abu di akaun Facebook miliknya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian di bawah.

AIR MATA DI PENJARA

Dia banduan akhir yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori. Dia datang kepada kami dalam keadaan tangan bergari.

Bahkan dia tidak dibenarkan mendekati rakan senasib lain hatta dia dikurung sendirian di dalam selnya.

Dia tidak pernah bertemu dengan orang luar dan tidak pernah keluar melainkan ke mahkamah.

Di atas kertas .. kesalahannya ialah membunuh bayinya yang dilahirkan di dalam tandas kolejnya .

Bayi yang dia sendiri tidak lihat walau sebelah mata itu jatuh ke dalam mangkuk tandas lalu mati.

Bayi lelaki itu merupakan benih cinta terlarang dia dan kekasih hati yang kini entah di mana.

Ketika itu .. dia baru 19 tahun. Sudah 7 tahun segalanya berlalu. Dia merayu pengampunan dari Allah ….

Dia antara insan terpilih yang Allah tegur dengan penuh hikmah dan rahmah. Semoga Allah kurniakan pengakhiran yang baik-baik untuknya.

Kita .. entah bagaimana pengakhirannya ..

BACA JUGA: Cucu Polis Berpangkat Tinggi Tinggal Sebatang Kara Akhirnya Dihantar Ke Rumah Anak Yatim

Sumber: Facebook Natipah Abu

The post “Dia Antara Insan Terpilih” Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Pilu Banduan Akhir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*