Kebakaran Dahsyat: Bandar Meriah Bertukar Jadi Abu, Ini Situasi Terkini Di Lahaina, Hawaii

keadaan lahaina hawaii

Kebakaran Dahsyat: Bandar Meriah Bertukar Jadi Abu, Ini Keadaan Terkini Di Lahaina, Hawaii

Baru-baru ini, satu kebakaran dahsyat telah melanda Pulau Maui, Hawaii mengakibatkan puluhan orang terbunuh selain beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Bencana alam bagai gegak gempita berkenaan telah menyebabkan sebahagian besar bandar Lahaina yang meriah sejak berabad lalu kini bertukar menjadi abu.

Lapor CNN, pegawai mengesahkan kira-kira 99 orang terkorban sehingga petang Isnin, menjadikannya meningkat daripada kiraan sebelumnya, iaitu 96.

Gabenor Hawaii Josh Green memaklumkan angka kematian mungkin akan meningkat sangat ketara dan boleh berganda dalam tempoh 10 hari akan datang.

Bilangan orang yang tidak diketahui masih tidak dapat dikesan walaupun pasukan mencari dan menyelamat bersama anjing mencari di kawasan kejiranan yang musnah.

“Ramai orang terpaksa lari dan meninggalkan semua yang mereka ada. Jadi mereka tidak mempunyai telefon mereka,” katanya.

Salah seorang mangsa lelaki yang berusia 68 meninggal dunia ketika cuba membantu orang lain dan menyelamatkan rumahnya.

Kemudian, mangsa seorang lagi berumur 60, seorang penduduk lama Maui meninggal dunia ketika cuba untuk berpindah dalam situasi getir itu.

“Ini adalah bencana alam terbesar yang pernah kita alami. Ia juga akan menjadi bencana alam yang akan mengambil masa yang luar biasa untuk pulih,” ujarnya.

Menurut bomba, kebakaran di Maui yang meliputi lebih daripada 2,000 ekar, hanya dapat dikawal 85 peratus menjelang petang Ahad.

Difahamkan juga, kebakaran yang terjadi awal minggu ini, pada Selasa, 8 Ogos lalu dicetuskan oleh angin kencang dan ia merebak dengan cepat ke kawasan kejiranan.

Disebabkan kepantasan dan kekuatan kebakaran yang cepat, ia mengejutkan pegawai tempatan kerana situasi itu pertama kali menimpa bandar tersebut.

Situasi terkini: Lahaina bertukar menjadi abu

Kebakaran yang melanda Maui semestinya mendapat perhatian global susulan ia merupakan satu tragedi besar yang melibatkan ribuan nyawa mereka yang berada di bandar itu.

Rata-rata penduduk setempat dan media turut memuat naik gambar beserta video yang memaparkan keadaan terkini Maui.

Menerusi video @dailytelegraph, ia menunjukkan situasi Maui selepas kebakaran terpadam di beberapa kawasan perumahan.

Dalam video tersebut, boleh dilihat kebanyakan tempat telah bertukar menjadi abu berbanding sebelum ini yang dipenuhi dengan suasana berwarna-warni.

Penduduk Hawaii menceritakan bagaimana mereka terpaksa melarikan diri ke lautan api ketika api mula membakar kulit mereka,” tulis The Daily Telegraph.

@dailytelegraph

Hawaii residents have told how they were forced to flee into the ocean as flames “began to burn their skin” with the death toll from wildfires set to rise. Read the full story and see more photos by clicking the link in our bio. #Maui #Hawaii #fire #devestation #global #worldnews #news #emergency #evacuation #wildfire

♬ Beethoven Moonlight Sonata-High Sound Quality – Amemiya

Kebakaran besar itu membuatkan penduduk tidak berfikir mengenai keperluan yang mereka ada, kecuali nyawa sendiri.

Disebabkan itu orang ramai meninggalkan kereta dan menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut.

@lahainafireupdates

Currently there are 67 reported casualties. Many people who escaped report much more, in the hundreds Many were trapped in their cars 🚗Video from Leomana Turalde on Instagram 🙏#lahainafire #lahaina #prayformaui #fypシ #hawaiifire #foryou #lahainahawaii #lahainamaui #frontstreet #fire #news #viral #mauifire #hawaii #maui #rescue

♬ this feeling – Øneheart

@lahainafireupdates

Realizing that was the last video I’ll ever take of old Lahaina 💔 #hawaii #prayformaui #lahaina #maui #fypシ #foryou #lahainahawaii #lahainamaui #fire #frontstreet

♬ original sound – Pixar and Dreamworks 🐐

Sewaktu kejadian, mereka yang berada berdekatan dengan api mengambil keputusan untuk melompat ke dalam laut supaya api pada badan mereka terpadam seperti yang dikongsikan oleh @calaynews.

@calaynews

Due to the wildfires that are currently burning in Hawaii, people are frightened for their lives and are jumping into the ocean in order to escape the fires. There are still more than 1,000 people unaccounted for. #Wildfire #Lahaina #Maui #Hawaii

♬ original sound – Calay News

 

Sumber: CNN

BACA: Dua Cedera Dalam Kebakaran Gudang Simpanan Bahan Kimia

The post Kebakaran Dahsyat: Bandar Meriah Bertukar Jadi Abu, Ini Situasi Terkini Di Lahaina, Hawaii appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*