Wujud Sebelum Merdeka, Ini Sejarah Pasar Raya MYDIN & Apa Kaitan Dengan Kos RM6.6 Juta Tahun Ini?

RM6.6 Juta mydin

Wujud Sebelum Merdeka, Ini Sejarah Pasar Raya MYDIN & Apa Kaitan Dengan Kos RM6.6 Juta Tahun Ini?

Bila bercerita tentang MYDIN, pasti ramai yang dah tahu tentang pasaraya beli belah terkenal di Malaysia ini. Ye lah, MYDIN premis perniagaan tumpuan ramai yang mahu mendapatkan harga termurah di samping ganjaran-ganjaran yang berbaloi.

Tapi tahu tak, bila diselak semula sejarah, rupanya Mydin pada mulanya telah pun wujud sejak tahun 1957 lagi di mana ketika itu hanyalah sebagai sebuah kedai runcit di Kelantan. Pada waktu itu, kedai runcit tersebut hanya menawarkan alat permainan kanak-kanak dan juga barang-barang keperluan lain. Pengasasnya iaitu Allahyarham Mydin Mohamed pada ketika itu berusia 29 tahun yang menyambung perniagaan bapanya Ghulam Hussein telah membuka lembaran baru dalam dunia peruncitan di Malaysia.

Perniagaan MYDIN terus dikembangkan ke Terengganu pada tahun 1979 sebelum anak kedua Mydin, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali sertai perniagaan tersebut. Pada tahun 1989, MYDIN melebarkan perniagaan mereka ke Lembah Klang di Jalan Masjid India dan seterusnya menjadi pencetus fenomena peruncitan MYDIN di Malaysia. Kini, MYDIN sudah mempunyai lebih 66 buah cawangan di Malaysia dan sedang menjadi pusat membeli belah kegemaran ramai.

Kenapa Dikaitkan Dengan Sejumlah RM6.6 Juta

Mungkin ada yang terdengar mengenai MYDIN dan sejumlah RM6.6 juta. Apa sebenarnya kaitan di antara kedua-dua perkara ini? Sebenarnya, rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, MYDIN sedang menganjurkan “Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama sempena ulang tahun MYDIN yang ke 66 tahun.

RM6.6 Juta mydin

Sepanjang berjalannya kempen ini sehingga 31 Oktober, MYDIN telah memperuntukkan sebanyak RM6.6 juta untuk ditawarkan kepada pelanggan. Ini adalah melalui segala penjimatan dan juga ganjaran-ganjaran sepanjang tempoh kempen ini.

 OHMYDIN! Meriah Bersama Sempena Ulang Tahun #MYDIN66

Kempen yang bermula dari 17 Ogos sehingga 31 Oktober 2023 ini akan diwarnai dengan pelbagai tawaran dan ganjaran hebat. Antaranya ialah kini MYDIN sudah pun berada di TikTok Shop. Jadi, lebih mudah untuk komuniti TikTok untuk mendapatkan barang-barang yang ditawarkan MYDIN dengan lebih mudah. TikTok Live juga akan berlangsung pada setiap hari Khamis jam 8 malam bersama hos Walid untuk mendedahkan promosi yang ada ketika itu.

RM6.6 Juta mydin

Bukan itu sahaja, MYDIN turut menganjurkan promosi bukan sahaja melalui jualan langsung di setiap cawangannya, tapi turut menawarkannya melalui dalam talian, antaranya MYDIN Online.

MYDIN x OPPO

Kempen OHMYDIN! Meriah yang dijayakan bersama rakan telefon pintar OPPO turut menjanjikan ganjaran berbaloi melalui peraduan beli & menang. Dengan hanya berbelanja minima RM166 dan ke atas dalam satu resit, setiap pelanggan berpeluang memenangi telefon pintar OPPO dan antara hadiah utama adalah Reno 10 Pro + Enco Buds2.

RM6.6 Juta mydin

MYDIN x Setel

Selain itu, kempen ini turut dijayakan oleh rakan aplikasi petrol iaitu Setel dengan menawarkan baucar selepas pembelian sama ada barangan di Mydin ataupun pengisian petrol menggunakan aplikasi Setel. Dengan perbelanjaan sebanyak RM120 di MYDIN, pelanggan akan mendapat RM6.60 baucar Setel. Manakala bagi yang mengisi petrol menggunakan aplikasi Setel sebanyak RM50, mereka akan dapat menikmati RM6.60 baucar MYDIN.

RM6.6 Juta mydin

Pulangan Tunai E-Wallet

Kempen MYDIN ini juga turut dijayakan oleh rakan e-dompet terkenal di Malaysia dengan menawarkan pelbagai jenis ganjaran. Secara keseluruhan, sebanyak lebih dari RM366,000 pulangan tunai untuk dimiliki oleh pelanggan MYDIN.

Antaranya ialah melalui aplikasi Boost yang menawarkan pulangan tunai sebanyak RM6.60 dengan minima pembelian RM66. Selain itu, bagi pengguna baru mereka boleh mendapat Shake Reward sebanyak RM5 dengan pembelian minima RM40 sahaja.

Bagi aplikasi e-wallet MBSB Bank pula, korang berpeluang memenangi kredit e-wallet bernilai RM500 apabila menjadi ‘top spenders’ di MBSB Bank e-dompet. Bagi MCash pula, korang boleh mendapat pulangan tunai sebanyak RM6.60 dengan pembelian RM66 sahaja. Bagi WavPay, korang berpeluang menang hadiah bernilai RM66,000 dengan hanya minimum perbelanjaan RM66. Melalui aplikasi Zapp pula, korang juga akan mendapat peluang menang hadiah kad Petronas bernilai RM100 sekiranya berbelanja minimum RM30.

RM6.6 Juta mydin

Ganjaran & Penjimatan Menanti Korang

Dah baca dari atas sampai bawah, terbukti memang ganjaran dan penjimatan dah tersedia untuk korang semua. Jadi, tunggu apa lagi kan, jom lah serbu MYDIN dari 17 Ogos sehingga 31 Oktober nanti. Tapi sebenarnya ada banyak lagi promosi dan ganjaran yang MYDIN tawarkan untuk korang.

Kalau nak tahu lebih lagi, layari mydin66 atau korang boleh follow laman sosial Mydin sama ada melalui Laman Facebook Mydin, dan Telegram MYDIN Malaysia.

The post Wujud Sebelum Merdeka, Ini Sejarah Pasar Raya MYDIN & Apa Kaitan Dengan Kos RM6.6 Juta Tahun Ini? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*