Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri

Kebakaran hutan di texas

Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri

Kebakaran hutan dahsyat telah menyebabkan pengisytiharan bencana dan arahan berpindah dikeluarkan di beberapa kawasan terlibat di Texas Panhandle.

Gabenor Texas, Greg Abbott telah mengumumkan pengisytiharan bencana bagi 60 kawasan pada Selasa. Ia susulan keadaan api kebakaran yang semakin marak di Texas.

Pengisytiharan ini memastikan pihak bomba dapat bergerak ke kawasan yang terkesan di Texas Panhandle secepat mungkin.

Texas A&M Forest Service berkata, kira-kira 13 kejadian kebakaran hutan yang berlaku pada Isnin.

“Beberapa kawasan kebakaran hutan telah disebabkan persekitaran yang hangat, kering dan berangin di seluruh Texas Panhandle.

“Hari ini, angin kuat akan memberikan kesan terhadap kebakaran hutan dan berpotensi untuk mencetuskan kebakaran di tempat baru,” kata agensi tersebut di media sosialnya pada Selasa.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, kejadian kebakaran ini telah melanda kawasan tengah dan timur Panhandles pada Selasa.

Insiden kebakaran berkenaan dipercayai bermula di Smokehouse Creek fire yang terletak berdekatan Stinnett, kira-kira 96.56 kilometer dari timur laut Amarillo.

Kebakaran tersebut telah merebak sehingga melibatkan kawasan yang berkeluasan lebih dari 250,000 ekar pada petang Selasa.

Menurut USA Today, api daripada kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut telah didorong dengan kehadiran rumput-rumput panjang di sana.

Pada Isnin lepas, Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS di Amarillo telah memberi amaran bahawa rumput akan menjadi lebih kering, susulan cuaca yang lebih panas.

Maklumat lanjut akan menyusul

BACA: Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Sumber: USA Today, ABC News 

The post Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*