Ratcliffe Cuba Lamar Zidane Untuk United, Ganti Ten Hag

ratcliffe lamar zidane

Ratcliffe Cuba Lamar Zidane Untuk United, Ganti Ten Hag

MANCHESTER — Pemilik Manchester United dan Syarikat INEOS, Sir Jim Ratcliffe menjelaskan bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dalam radarnya untuk menggantikan Erik ten Hag sekiranya memutuskan untuk berpisah dengan jurulatih berkenaan, lapor Manchester Evening News.

Berita mengenai masa depan jurulatih dari Belanda itu bersama United semakin hangat diperkatakan selepas The Red Devils tewas 1-2 di laman sendiri kepada Fulham pada Sabtu lalu.

Sir Jim Ratcliffe yang memegang 27.7 peratus kepentingan kelab telah mula melaksanakan perubahan ketara di balik tabir Old Trafford sejak tiba.

Gambar: AFP

Tambahan lagi, kontrak Ten Hag bersama United bakal berakhir di Old Trafford pada musim panas ini dengan kelab masih belum memutuskan sama ada untuk menyambung khidmatnya atau mencari pengganti baru.

Menurut laporan MEN Sport, difahamkan Ratcliffe tidak menjamin untuk mengekalkan Ten Hag selepas prestasinya pada musim lalu bersama United kurang memberangsangkan.

Walau bagaimanapun, impian utama United dalam melamar bekas pemain tengah Perancis itu masih menjadi persoalan kerana Zidane juga telah menolak semua pelawaan dari kelab-kelab Eropah untuk mendapatkan khidmatnya sejak meninggalkan Real Madrid pada tahun 2021.

BACA: Faisal Halim Gondol Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023

Sebelum ini, ketua eksekutif Ineos sekarang, Jean-Claude Blanc, dikatakan cuba menariknya ke Paris Saint-Germain (PSG) namun gagal.

Berita mengenai bekas jurulatih itu ke United bukanlah pertama kali dilaporkan.

Pada 2021, pemain berusia 51 tahun itu dikaitkan untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebelum Ralf Rangnick dilantik untuk mengendalikan kelab itu dalam jangka pendek.

Gambar: AFP

Zidane turut mendakwa halangan utamanya untuk ke EPL adalah kesukaran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Adaakah saya mahu menyertai Manchester United? Saya faham bahasa Inggeris, tetapi tidaklah terlalu fasih. Saya tahu ada jurulatih yang akan ke sana tanpa bercakap bahasa itu. Tetapi tidak dengan saya kerana saya mempunyai cara tersendiri.

“Banyak elemen dimainkan yang mendorong kepada kemenangan, ia termasuk konteks global. Saya tahu apa yang saya perlukan untuk menang,” katanya.

Selain Zidane, pengurus Brighton Roberto De Zerbi antara pengganti pilihan berpotensi yang kini sedang dipantau United.

The Red Devils kini menduduki tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan telah tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) dan Piala Carabao.

Sumber: Manchester Evening News

The post Ratcliffe Cuba Lamar Zidane Untuk United, Ganti Ten Hag appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*