Kecewa Messi Tak Datang Jakarta, Peminat Indonesia Jual Semula Tiket Perlawanan

peminat indonesia messi

Kecewa Messi Tak Datang Jakarta, Peminat Indonesia Jual Semula Tiket Perlawanan

Gara-gara kecewa bintang Argentina, Lionel Messi tidak hadir dalam siri Jelajah Asia 2023 ke Jakarta, sesetengah peminat Indonesia bertindak menjual semula tiket perlawanan yang sudah dibeli.

Lapor Tribun News, berita pembatalan itu dikongsikan oleh seorang wartawan ESPN, Leo Paradizo.

Dia turut meramalkan perkara itu dengan mendakwa Messi hanya akan hadir menentang Australia kecuali Indonesia.

Bagaimanapun, Paradizo tidak menyatakan sebab sebenar Messi memutuskan untuk tidak datang dan berlawan dengan pasukan gergasi Asia Tenggara itu.

“Lionel Messi tiba di Beijing dan menghasilkan revolusi. Rancangannya ialah dia hanya akan bermain pada perlawanan pertama menentang Australia.

“Beliau tidak akan pergi ke Indonesia untuk perlawanan pada 19 Jun ini,” katanya.

Berita tersebut sekali gus mengejutkan para peminat dan ia menjadi topik bualan hangat lebih-lebih lagi buat peminat yang sudah membeli tiket perlawanan itu.

Pun begitu, masih belum jelas sebab yang membuatkan Messi tidak akan bermain untuk pasukannya di Jakarta.

Kebanyakan mereka kecewa kerana tidak dapat melihat Messi beraksi di padang.

Mereka kemudiannya mula menjual semula tiket yang diperolehi di media sosial, Twitter.

Indonesia dijadualkan akan menerima kunjungan Juara Piala Dunia Qatar 2022 itu di Jakarta pada 19 Jun ini bagi perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2023.

Difahamkan, sebanyak 60,000 tiket untuk perlawanan Argentina menentang Indonesia telah dijual, menurut Exco Pasukan Sepak Bola Seluruh Indonesia, Arya Sinulingga.

Messi sebelum ini sempat mengalami beberapa halangan di bahagian Imigresen sehingga tidak menyertai pasukannya, yang sudah menuju ke hotel.

Angel Di Maria Teruja Argentina lawan Indonesia

Sebelum ini, pemain veteran pasukan kebangsaan Argentina, Angel Di Maria berasa teruja selepas mengetahui namanya tersenarai dalam Jelajah Asia 2023 menentang Indonesia.

Keterujaan dirinya yang bakal diturunkan ke Jakarta untuk bertemu dengan ‘Gergasi Asia Tenggara’ dalam siri Jelajah Asia 2023 itu dikongsikan di ruangan InstaStory Instagram peribadinya.

Beliau meluahkan reaksi itu selepas melihat pengumuman senarai skuad yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) di laman Instagram.

Di Maria adalah antara nama pemain terkenal yang dibawa oleh jurulatih Lionel Scaloni dalam perlawanan persahabatan menentang Australia dan Indonesia.

Bekas pemain Benfica, Real Madrid, Manchester United dan Paris Saint-Germain itu kelihatan bersemangat dengan pengumuman senarai pasukan yang dimuat naik di media sosial AFA.

Sumber: Tribun News

BACA: Media Thailand ‘Terkejut’ Argentina Pilih Indonesia Bagi Perlawanan Persahabatan

The post Kecewa Messi Tak Datang Jakarta, Peminat Indonesia Jual Semula Tiket Perlawanan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*