Kecur Air Liur, Ini Resepi Sambal Penyet Wajib Cuba

Resepi Sambal Penyet

Kecur Air Liur, Ini Resepi Sambal Penyet Wajib Cuba

Hari berganti hari, pada bulan Ramadan yang mulia ini tentunya setiap isi rumah berlumba-lumba memikirkan jenis menu yang bakal dihidangkan sewaktu berbuka nanti.

Pastinya resepi yang ingin dihidangkan mestilah kena dengan tekak atau selera masing masing. Jika mereka yang gemar dengan masakan yang pedas, sudah tentu resepi ini patut dicuba.

Sambal Penyet kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. Ia juga bertepatan dengan selera komuniti di Malaysia yang sukakan masakan sedikit pedas.

Bagi mereka yang tidak mengetahui resepi sambal penyet ini, jangan risau. Hari ini pihak SK akan berkongsikan resepi sambal penyet yang mampu memikat hati anda.

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian Juwita Afifah dalam Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah.

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP

Gambar: Facebook Juwita Afifah

Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet.

Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah. Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia.

Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.

Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.

BACA JUGA: Boleh Masak Sendiri Di Rumah, Ini Lima Jenis Resipi Hidangan Siakap ‘Power’ Anda Kena Cuba

Resepinya mudah saja.

Bahan-bahan:

Gambar: Facebook Juwita Afifah

Antara bahan-bahan yang diperlukan termasuklah tomato (belah 4), cili besar, cili padi, belacan, ikan bilis (segenggam) dan minyak masak

Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Ha begitulah.

Cara-cara:

Resepi Sambal Penyet
Gambar: Facebook Juwita Afifah

Langkah pertama, goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehinga garing. Kedua, bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.

Ketiga, masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan. Goreng sehingga layu.

Kemudian, bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk. Langkah  keenam, setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kisar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.

Cara ketujuh, saya punya ni saya guna hand blender. Selepas itu, dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.

Resepi Sambal Penyet
Gambar: Facebook Juwita Afifah

Terakhir, masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka. Siap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah.

Resepi Sambal Penyet
Gambar: Facebook Juwita Afifah

Selamat mencuba semua.

#resepijuwita

Sumber: Facebook Juwita Afifah via Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The post Kecur Air Liur, Ini Resepi Sambal Penyet Wajib Cuba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*