Rancangan Takeshi Castle Kembali, Peserta Bakal Berdepan Pelbagai Halangan Pelik

takeshi casle kembali

Rancangan Takeshi Castle Kembali, Peserta Bakal Berdepan Pelbagai Halangan Pelik

Rancangan popular televisyen era 80 dan 90-an yang berasal dari Jepun, Takeshi Castle dilapor bakal kembali dan diberi nafas baru.

Menurut The Sun, berita gembira berkenaan diumumkan oleh syarikat penstriman, Prime Video yang akan menyiarkan program berkenaan di platformnya.

Bagaimapun, rancangan tersebut nampaknya hanya ditawarkan secara ekslusif buat masa ini kepada pelanggan-pelanggan Prime Video yang berada di United Kingdom dan Ireland sahaja. Program berkenaan akan mula ditayangkan untuk pasaran kedua-dua negara berkenaan pada 30 Ogos ini.

Dalam pada itu, pelawak tempatan Romesh Ranganathan dan Tom Davis difahamkan akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Takeshi Castle yang disiarkan oleh Prime Video itu kelak merupakan reboot kepada Takeshi Castle versi Jepun yang diberi nafas baru. Untuk versi Jepun, Takeshi Castle versi nafas baru ini diterbitkan oleh Japan Prime Video dan sudah pun menemui penonton sejak April lepas.

Takeshi Castle versi reboot kembali, tetapi untuk pasaran UK dan Ireland

Mengekalkan konsep yang sama, peserta-peserta akan bertarung untuk menuju dan menawan Takeshi Castle. Bagaimanapun, peserta-peserta terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan antaranya menumpaskan pengawal istana, makhluk-makhluk jahat dan cendawan gergasi.

Sebanyak 100 orang peserta akan bertarung dan pemenang akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah 1,000,000 Yen.

Menurut Prime Video, rancangan berkenaan sememangnya sebuah rancangan legenda yang mempunyai ramai peminat di United Kingdom dan Ireland.

Tujuan mereka melakukan reboot program berkenaan adalah untuk berkongsi keterujaan yang pernah dirasai generasi terdahulu dengan generasi muda pada hari ini.

Takeshi Castle merupakan rancangan televisyen yang berasal dari Jepun. Program berkenaan menemui penonton dan bersiaran selama empat tahun, bermula daripada tahun 1986 hingga 1990.

Kemudian, rancangan tersebut dibawa ke United Kingdom dan disiarkan bermula tahun 2002 sehingga 2004. Untuk pasaran United Kingdom, pelakon, Craig Charles bertanggungjawab melakukan komentar dalam bahasa Inggeris kepada video asal.

Walaupun reboot ini hanya ditawarkan kepada dua buah negara setakat ini, namun rata-rata peminat berharap Prime Video akan menawarkan rancangan berkenaan kepada semua pelanggan mereka di seluruh dunia.

Dalam tweet dibuat oleh Prime Video dapat dilihat warga maya berkongsi keterujaan dan nostalgia menonton rancangan tersebut sebelum ini.

BACA: PUSPAL Tak Benarkan Penyertaan The 1975, Tetapi Pengurus & Penganjur Buat Rayuan

Sumber: The Sun

The post Rancangan Takeshi Castle Kembali, Peserta Bakal Berdepan Pelbagai Halangan Pelik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*