Sudah ‘Jatuh Cinta’, Pemuda Kongsi Keasyikan & Keindahan Panaroma Di Pakistan

Keindahan Bumi Pakistan

Keindahan Bumi Pakistan Membuatkan Orang ‘Jatuh Cinta’, Lelaki Kongsi Pengalaman Berada Di Sana

Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal selepas sekian lama bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentulah dengan pergi melancong.

Baik di dalam mahupun luar negara, aktiviti melancong sememangnya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Bak kata pepatah, ‘jauh perjalanan, luas pengalaman’. Selain meluaskan pemandangan dan pengalaman, mengembara membolehkan kita untuk mempelajari dan memahami budaya lain.

Menerusi hantaran oleh pengguna Facebook (Irwan Dahnil), beliau menceritakan keindahan bumi Pakistan yang sangat indah dengan gunung ganang yang tinggi.

Pemandangan pakistan yang mengejutkan

Aku mudah teruja bila travel ke negara baru. Tetapi trip ke Pakistan, aku tidak terasa begitu.

Mungkin sudah terbiasa dengan negara maju, pergi ke negara yang kurang membangun ini, aku terasa seakan berpatah balik ke zaman lalu.

Sehinggalah trip selama 11 hari di utara Pakistan, pemandangan yang disajikan amat mengejutkan aku.

1. Penerbangan Epik, Landasan Pergunungan

Penerbangan ke Skardu pagi itu, pesawat melalui pergunungan yang memutih dek salju.

Pesawat melintasi banjaran pergunungan Karakorum, antara puncak tertinggi di dunia yang menjadi perumah K2 dan Nanga Parbat.

Penerbangan itu kemudian membelok secara dramatik beberapa kali ketika turun di landasan yang berada betul-betul di tengah pergunungan.

Subhanallah, penerbangan Islamabad – Skardu antara yang menakjubkan pernah aku rasai.

2. Gilgit Baltistan : Letaknya Pergunungan Terbesar di Dunia.

Kredit: Irwan Dahnil via Facebook

Hanya beberapa meter kurang dari Himalaya, wilayah ini letaknya gunung kedua tertinggi di dunia, K2.

Disini juga adalah pertemuan banjaran Himalayas, Karakorum dan Hindukush..

Hebat, ia memegang lima dari 14 pergunungan seluruh dunia yang melepasi 8000 meter dari aras laut!

Perjalanan aku ketika bulan June itu sepatutnya lebih hangat musim bunga.

Aku larut sepanjang perjalanan di wilayah ini, seolah badan ini dirangkul nyaman oleh pergunungan di kiri kanan.

3. Lebuhraya Karakorum (KKH) Tertinggi di Asia

Kredit: Irwan Dahnil via Facebook

Selesai dibina pada tahun 1968, KKH merupakan satu jalinan yang monumental antara Pakistan dan China.

Walaupun pada awalnya, aku menggambarkan KKH merupakan jalan yang merbahaya menyelusuri tebing tinggi yang jatuh boleh mati, ia serta merta meleset apabila ia telah diturap sepenuhnya.

Perjalanan kami dari Skardu menuju ke Hunza aman, terasa selamat melalui lebuhraya tertinggi di dunia.

Ia bukan seperti lebuhraya terancang PLUS seperti kita dari Kuala Lumpur ke utara. Sebaliknya KKH merentasi peradaban dan kehidupan masyarakat disini. Melalui perkampungan terpencil, terlihat kehidupan mereka sepanjang perjalanan.

Karakorum menawarkan antara batu mineral hasil bumi yang bernilai tinggi, terlihat pelombong bergayutan tinggi di tali di tebing tembok sedang menggali.

Cukup membuatkan perut kecut melihat kegigihan mereka mencari rezeki.

4. Lembah Hunza Yang Mengasyikkan

Keindahan Pakistan
Kredit: Irwan Dahnil via Facebook

Mungkin antara nama tempat yang paling popular aku pernah dengar sebelum ke Pakistan.

Tetapi setelah berada disini, Hunza sendiri rupanya menawarkan lebih dari namanya yang tersohor. Ia destinasi sejarah, kepelbagaian budaya, dan alam yang mengagumkan.

Jelas ia merupakan bandar diraja pada satu masa dahulu, berada tinggi di Altit Fort memperlihatkan seluruh alam buana Hunza yang mengalir di tengahnya air sungai yang berwarna zamrud.

Berada disini seolah-olah, detik masa itu terhenti seketika melihat indahnya pergunungan yang dihiasi oleh pokok pine dan chinar. Tentunya warna daun musim luruh, meruntun hati untuk terus berada disini.

5. Denyut Nadi Orang Pakistan Yang Hangat

Keindahan Pakistan
Kredit: Irwan Dahnil via Facebook

Orang Pakistan sangat menghormati tetamu, sehinggakan adalah menjadi satu aib jika mereka menyajikan makanan yang sudah sejuk. Makanan harus dihidang panas, begitulah menggambarkan betapa hangat sambutan bagi pelancong.

Susah aku nak gambarkan, hati ini seolah dipeluk dengan kehangatan persaudaraan.

Kedatangan kami disambut gabenor wilayah ini, simbol kerendahan hati, mereka menerima orang luar. Sesungguhnya Malaysia terdahulu terdahulu telah memahat reputasi yang sangat baik di kalangan rakyatnya.

Kehadiran ke Pakistan, mengubah persepsi aku pada negara ini. Ia bukan lagi seloroh sinonim aku dengan penjual karpet.

Sebaliknya kisah dan sejarah peradaban seperti bermulanya ia di Sungai Indus, menjadikan ia destinasi yang bukan sekadar pemandangan yang cantik.

Jika orang kata Kashmir itu Mini Switzerland, Gilgit Pakistan aku boleh kira sebagai menang tanpa bertanding. Tidak perlu dibandingkan, kerana ia berdiri megah, menjadikan ia pada kelas tersendiri.

Keindahan Pakistan
Kredit: Irwan Dahnil via Facebook

Begitulah kawan-kawan. aku ni, kadang terlalu mendongak ke atas sehingga lupa banyak yang boleh kita pelajari dari negara yang hidup secara bersederhana.

I’m craving for more.

Catatan kembara

Irwan Dahnil

Gilgit Baltistan

Pakistan

BACA: Dua Lelaki Warga Asing Diberkas, Didakwa Cuba Larikan Kanak-kanak

Sumber: Irwan Dahnil via Facebook

The post Sudah ‘Jatuh Cinta’, Pemuda Kongsi Keasyikan & Keindahan Panaroma Di Pakistan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*