Kelantan Beri Bantuan Raya RM700 Kepada Penjawat Awam

Kelantan Bantuan Raya

Kelantan Beri Bantuan Raya RM700 Kepada Penjawat Awam

KOTA BHARU, 21 Mac (Bernama) — Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bantuan raya RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam berkenaan tidak lama lagi sebagai persediaan menyambut raya.

BACA JUGA: Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Sebulan Atau Minimum RM1,000 – MB Johor

“Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa untuk Aidilfitri kali ini kita sediakan RM700 kepada semua penjawat awam, sama juga kita beri kepada lantikan politik sebagaimana amalan biasa,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500.

Sumber: BERNAMA

The post Kelantan Beri Bantuan Raya RM700 Kepada Penjawat Awam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*