Keluarga ‘Komando’, Buat Aktiviti Taktikal Setiap Minggu Eratkan Hubungan

Aktiviti taktikal ala komando

Keluarga ‘Komando’, Buat Aktiviti Taktikal Setiap Minggu Eratkan Hubungan

Sebuah keluarga di Singapura ternyata mempunyai pendekatan berbeza dalam memastikan hubungan kekeluargaan mereka kekal erat dan utuh.

Setiap minggu, Mohammad Munir Rohani akan masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti taktikal ala-ala komando bersama anak-anak dan isterinya.

Memetik Mediacorp, aktiviti yang dilakukan empat kali seminggu sejak empat tahun lalu itu menjadikan hubungan kekeluargaan Munir bertambah rapat.

Bercerita bagaimana aktiviti itu boleh bermula, Munir yang merupakan bekas tentera berkata, dia tidak dapat meluangkan waktu yang banyak bersama keluarga sepanjang perkhidmatannya.

Justeru, selepas tamat sahaja perkhidmatan pada 2006, dia bertekad untuk memastikan masa yang ada selepas itu dihabiskan bersama keluarga.

Manakala aktiviti taktikal dipilih kerana ia menggabungkan minat dan pengalamannya sebagai bekas tentera.

Beli senapang, peluru dan uniform

Malah, beliau juga sanggup melabur modal membeli peralatan seperti senapang, peluru “dart foam” dan uniform bagi menjadikan aktiviti itu lebih menarik.

Harga sepucuk senapang taktikal yang dibeli boleh mencecah sehingga SGD600 (RM2,125).

Menurut Munir, dia bagaimanapun akan berhubung dan mendapat nasihat terlebih dahulu daripada pihak berkuasa sebelum membuat pembelian.

Katanya, ia bagi memastikan semua peralatan taktikan yang dibeli mendapat kelulusan dan tidak melanggar mana-mana peraturan.

Aktiviti taktikal ala komando
Kredit Mediacorp

Kata Munir, pelaburan itu bagaimanapun dianggap berbaloi selepas dapat melihat keakraban hubungan antara anak-anaknya yang berumur antara 14 hingga 20 tahun.

“Kalau besok saya tidak ada lagi. Mereka akan ingat hari ini mereka perlu bersama-sama. Itu kebahagiaan saya.

“Selalunya nanti kita tengok bila orang tua sudah tiada, anak semua berpecah. Anak saya tidak pernah gaduh. Itu yang saya lihat.

“Mereka tidak ada ‘sibling rivalry’. Tidak pernah gaduh adik-beradik itu semua,” kata Munir LAGI.

Beliau juga memberi nama khas bagi pasukan keluarganya iaitu ‘G.H.O.S.T’, akronim kepada ‘Guards and Honour to Overcome Situation Tactfully‘.

Selain mengeratkan hubungan, aktiviti ini juga dikatakan mampu melatih anak-anaknya memikirkan strategi dan bekerja secara berpasukan.

Dalam setiap akvtiviti yang berjalan selama dua jam, anak-anaknya akan bertukar posisi dan peranan bagi menewaskan musuh seperti yang ditentukan olehnya.

“Ini namanya ‘close quarter battle’. Maknanya kita main macam mana kita hendak main dalam tempat yang kecil.

“Kalau macam malam Jumaat kita balik semula ke ilmu pertahanan diri tapi kita panggil ‘close quarter conflict’.

“Selepas itu Sabtu sebelah petang kita main macam mana hendak main di tempat yang lagi besar. Kita panggil itu latihan formasi.

“Selalunya kita di bawah dan bila hari minggu pagi baru kita main di hutan, di semak dan sebelah petangnya mereka habiskan dengan ilmu pertahanan diri,” jelasnya lagi.

Menurut Munir, dia berharap semua ilmu yang dipelajari anak-anaknya sepanjang melakukan aktiviti tersebut memberi manfaat kepada mereka kelak.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Mediacorp

The post Keluarga ‘Komando’, Buat Aktiviti Taktikal Setiap Minggu Eratkan Hubungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*