airasia rewards Menangi Anugerah Di Malaysia Technology Excellence Awards

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2023 – Program kesetiaan gaya hidup termuka di Asean, airasia rewards membawa pulang satu Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia di acara Malaysia Technology Excellence Awards untuk aplikasi pemprograman pengantaramuka (API) bagi kategori syarikat penerbangan yang berjaya memperkenalkan platform penukaran mata kesetiaan yang dikenali sebagai airasia xchange sewaktu landskap ekonomi yang sangat mencabar ketika pandemik yang melanda seluruh dunia.

Memacukan berdasarkan aplikasi pemprograman pengantaramuka (API), airasia xchange telah membantu untuk memperkembangkan tawaran ganjaran dan menyediakan pilihan yang lebih menyenangkan ahli-ahlinya untuk menukar mata ganjaran bank mahupun mata kesetiaan kepada airasia poin atau sebaliknya.

Proses ini boleh dilakukan dengan serta merta dan menyediakan ahlinya cara penukaran mata kesetiaan mereka dengan lebih cepat, segera dan lancar.

Hab universal mata ganjaran ini menawarkan rakan kongsi satu proses yang dipermudahkan dengan keperluan teknikal yang minimum, menjadikannyan lebih mudah untuk mereka menyertai dalam platform airasia xchange.

Dengan kebolehan penukaran mata kesetiaan yang sangat menyenangkan serta akses kepada mata wang kesetiaan yang lebih banyak pilihan dari pelbagai negara dan rantau ini, rakan kongsi boleh menerima kelebihan yang lebih kompetitif dan faedah dari kerjasama ini. Pendekatan ini menyelaraskan penyertaan dan memaksimumkan kepada semua parti yang terlibat sekaligus memberikan manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak.

Ahli airasia boleh menggunakan mata ganjaran kesetiaan yang dikarkan untuk menebus penerbangan, penginapan hotel, tawaran gaya hidup dan banyak lagi. Mereka juga mempunyai pilihan untuk menebus ganjaran mereka dengan menggabungkan airasia poin dan juga wang tunai jika kekurangan baki mata di dalam akaun mereka.

Platform ini mensasarkan untuk meningkatkan lagi kejituan pengguna, mencipta nilai yang unik untuk pengalaman ahli airasia serta memaksimumkan nilai mata ganjaran kesetiaan yang mempunyai matlamat akhir yang boleh memanjangkan kitaran keahlian mereka.

Ketua Pegawai Kesetiaan airasia rewards, Ong Wai Fong berkata, “Kami sangat senang dengan usaha kami dalam mempertingkatkan tawaran produk kami yang berterusan telah diiktiraf oleh rakan sejawat di dalam industri ini.

“Pada 2022, kami melengkapkan tahun dengan memecahkan rekod dan merupakan tahun yang hebat untuk airasia xchange kerana ia merekodkan sejumlah lebih 10,000 penukar unik, pertumbuhan 400% YoY. Jumlah kiraan urus niaga juga meningkat hampir 25 kali ganda YoY kepada lebih 100,000 transaksi pada tahun yang sama.

Platform kami menawarkan penyelesaian unik dengan teknologi inovatif kepada ahli dan juga rakan kongsi. Kami membolehkan ahli kami untuk memaksimumkan nilai mata kesetiaan mereka dengan menukarkannya dengan lancar melalui airasia xchange. Selain itu, rakan kongsi kami boleh memupuk kesetiaan pelanggan, meningkatkan penglibatan dan memastikan pengekalan.”

Malaysia Technology Excellence Awards mengiktiraf syarikat luar biasa yang mengharungi gelombang gangguan dan menerajui revolusi teknologi dan perjalanan digital industri masing-masing untuk meningkatkan ekonomi Malaysia yang berkembang pesat.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

The post airasia rewards Menangi Anugerah Di Malaysia Technology Excellence Awards appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*