Kematian Adik Airiel Disahkan Septick Shock, Bukan Strok Haba – JKNJ

kematian airiel septick shock

Kematian Adik Airiel Disahkan Septick Shock, Bukan Strok Haba – JKNJ

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun baru-baru ini disebabkan oleh Septic Shock secondary to Meningoencephalitis dan bukannya strok haba seperti yang dilapor media.

Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, hasil siasatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati Airiel Syahren dimasukkan ke wad kerana sawan.

Katanya, Airiel mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“Terlebih dahulu pihak JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, dan tiada kaitan dengan Strok Haba seperti dilaporkan dalam media,” kata kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, JKNJ turut memohon semua pihak untuk memberikan kerjasama agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

BACA: Cuaca Panas: Haiwan Juga Berisiko Kena Strok Haba

JKNJ diminta sediakan laporan penuh kematian adik Airiel

Sebelum ini, media melaporkan JKNJ diminta untuk menyediakan laporan lengkap berhubung kematian Airiel, lapor Astro AWANI.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pihaknya kini telah menerima maklumat berhubung kejadian, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Saya sudah maklum berita tersebut sudah tular dan telah mengarahkan JKNJ untuk sediakan laporan lengkap.

“JKNJ akan keluarkan kenyataan dalam waktu terdekat,” ujarnya sewaktu dihubungi pada hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 7 pagi Isnin lalu.

Bapa mangsa, Syahrol Azmi Mohd Hekak 42, berkata anak lelaki keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Pada malam Ahad sekitar jam 10 malam, anak kedua dari empat beradik itu difahamkan mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau.

Menurut Syahrol, dia hanya menyangka anaknya mengalami demam biasa, maklum Sinar Harian.

“Pada mulanya, saya ingatkan dia hanya demam biasa, saya kemudiannya kejutkan dia dan suruh dia tidur di luar (ruang tamu). Mungkin di bilik itu sejuk. Lepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh. Kemudian saya dapati dia (anak), mengalami kram (kejung) dengan badan mengerekot di ruang tamu.

“Keadaan itu buatkan saya panik, saya telefon 999 dan disambungkan ke Hospital Kluang (Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom). Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya. Jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Sumber: FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor

The post Kematian Adik Airiel Disahkan Septick Shock, Bukan Strok Haba – JKNJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*