Kementerian Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam (KPTDGA) Bertukar Kepada PETRA

PUTRAJAYA, 8 FEBRUARI 2024 – Kabinet semalam telah meluluskan cadangan menamakan semula Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) atau dalam Bahasa Inggeris, Ministry of Energy Transition and Water Transformation (PETRA).

Cadangan menamakan semula Kementerian ini telah dibawa oleh YAB Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Perubahan ini bagi menggambarkan peranan sebenar dan tanggungjawab Kementerian berkaitan dengan usaha transformasi dalam bidang tenaga dan air Negara.

Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa aspirasi Kerajaan melalui fungsi dan tugas Kementerian ini dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat umum melalui nama baharu tersebut.

Pemilihan akronim Kementerian pula telah ditentukan melalui pertandingan secara terbuka kepada warga Kementerian dan jabatan serta agensi dibawahnya.

Sejumlah 105 cadangan akronim telah di terima dan PETRA telah terpilih sebagai akronim Kementerian baharu ini. Akronim tersebut merujuk kepada pemilihan huruf-huruf terpilih yang dikaitkan dengan nama Kementerian.

PERALIHAN TENAGA dizahirkan secara simbolik pada tiga (3) huruf pertama (PET), manakala TRANSFORMASI AIR juga dizahirkan secara simbolik melalui tiga (3) huruf terakhir akronim berkenaan (TRA).

Sektor Tenaga dan Air yang merupakan komponen terpenting dalam kehidupan kita dan kesejahteraan rakyat akan digalas oleh Kementerian ini.

Sehubungan itu, nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan Kementerian.

The post Kementerian Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam (KPTDGA) Bertukar Kepada PETRA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*