Rumah Klasik Dianggap ‘Homestay’ Untuk Bergambar, Lelaki Kecewa Ramai Tak Beradab

bukan homestay

Rumah Klasik Dianggap ‘Homestay’ Untuk Bergambar, Lelaki Kecewa Ramai Tak Beradab

Seorang lelaki meluahkan kekecewaan apabila sesetengah pihak bersikap  tidak beradab semasa singgah di rumahnya di Baling, Kedah yang mempunyai reka bentuk klasik untuk bergambar.

Mohd Idham Jaafar menegaskan rumah klasik yang terlihat seperti rumah contoh itu merupakan milik ibunya dan mereka masih tinggal di rumah tersebut.

“Rumah ini bukanlah inap desa atau rumah tinggal, ini rumah mak saya dan kami tinggal di rumah ini.

“Pada pasangan mempelai mahupun sesiapa sahaja yang hendak mengambil gambar biarlah beradab. Mak saya duduk di bawah rumah, tiada mintak izin datang serbu sahaja macam rumah mereka.

“Ada yang panggil ‘woi’ sahaja dekat mak saya,” luahnya dalam satu hantaran di kumpulan Facebook Penduduk Baling Kedah pada Isnin.

Menceritakan kembali tentang peristiwa lalu, dia berkata sebelum ini terdapat pasangan pengantin yang tidak beradab semasa mengambil gambar di rumahnya.

Jelasnya, pasangan tersebut bertindak untuk menaiki beranda rumahnya hingga mengotorkan tempat tersebut dengan membawa lumpur dari bawah.

“Pasu bunga, kerusi dan meja di berada mereka ubah sesuka hati selepas itu biarkan ia bersepah.

“Awak ingat ada orang gaji ke nak bersih dan kemas rumah itu?” soalnya.

Dalam pada itu, dia turut berkata ramai yang memilih untuk bertindak sesuka hati kerana lihat tiada penghuni di rumah tersebut.

Disebabkan rumahnya memiliki reka bentuk yang klasik, ramai yang memikirkan ia adalah rumah persinggahan, bagaimanapun Idham berharap orang ramai lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Kredit: Mohd Idham Jaafar via Penduduk Baling Kedah/Facebook

Menurutnya, dia akan mengambil tindakan sekiranya perbuatan tersebut berlarutan jika ahli keluarganya tidak senang dengan perkara itu.

“Hari itu, kami tiada di rumah mereka naik rumah kami tanpa izin dah kira menceroboh.

“Seandainya perkara ini berulang lagi, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana menceroboh,” ujarnya.

Jelas Idham, semakin dibiarkan semakin teruk orang ramai tidak beradab dengan mengendahkan keluarganya yang berada di situ.

Idham berkata jurugambar perlu bertindak lebih profesional dan tidak memikirkan tentang untung buat pengantin dan dirinya sahaja.

“Semakin kami diam, semakin orang buat rumah itu macam inap desa. Mana adab kamu sebagai orang Melayu?

“Pada jurugambar di luar sana, jangan fikir tentang untung sahaja,” jelasnya.

Sumber: Mohd Idham Jaafar via Penduduk Baling Kedah/Facebook

The post Rumah Klasik Dianggap ‘Homestay’ Untuk Bergambar, Lelaki Kecewa Ramai Tak Beradab appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*